JELI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak pernah “mendera” negeri ditadbir pembangkang, terutama Kelantan.

Katanya, sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan, beliau tidak boleh menyimpan dendam walaupun BN gagal memerintah negeri berkenaan.

“Sebagai pemimpin, saya perlu berlaku adil kepada rakyat, sama ada mereka menyokong BN ataupun tidak.

“Sekurang-kurangnya walaupun tak dapat undi, saya dapat pahala di akhirat. Semoga dengan usaha ini kita dapat majukan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Jeli dan perasmian bangunan tambahan Hospital Jeli, hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, Malaysia terus menyediakan perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik di dunia dengan peruntukan subsidi tinggi setiap tahun.

“Tahun ini kita belanjakan RM22 bilion (untuk penjagaan kesihatan awam) tapi kita hanya kutip RM700 juta sahaja (setakat ini)… satu peruntukan subsidi yang besar.

“Umpamanya, kita hanya bayar RM1 untuk dapatkan pelbagai jenis ubat-ubatan, manakala RM5 dikenakan untuk berjumpa doktor pakar dan caj RM50 jika bersalin di hospital kerajaan,” katanya.  – Bernama

Nota Ana Ghoib: Zaman tok kadok Mahathir pun cuma bayar seringgit maka apa nak dibangga menuntut puji dalam kata-kata sedang pujian itu hanya bagi Allah SWT.

KLIK BACA: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share