KULAI – Warga emas berusia 69 tahun ditemui mati berlumuran darah di bahagian dapur rumahnya selepas dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental.

Mayat wanita berkenaan ditemui anak lelaki bongsunya kira-kira jam 11 pagi di rumah yang terletak di Jalan Cempaka, Taman Air Bemban, di sini.

Difahamkan, anak lelakinya itu baru sahaja pulang dari tempat kerja di Singapura sebelum bergegas membuat laporan polis.

Wanita yang mempunyai tiga orang anak itu dipercayai cedera di bahagian muka dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan Razak Md Said mengesahkan kejadian berkenaan berlaku dan memberitahu siasatan lanjut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang dijalankan.

Katanya, anak lelaki kepada mangsa yang berusia 30 tahun itu bagaimanapun telah ditahan kira-kira jam 1 petang hari yang sama di sekitar kawasan rumahnya.

Sementara itu, salah seorang jiran kepada mangsa berkata, wanita berkenaan tinggal di rumah berkenaan dengan suaminya yang sedang sakit bersama dua orang lagi anak lelakinya.

“Anak bongsunya bekerja di Singapura manakala yang sulung itu tidak bekerja sejak seleas tamat tahun lalu.

“Kami juga memang selalu dengar keluarga ini bergaduh dan jiran-jiran juga tahu anak sulungnya itu selalu mengamuk di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang lagi jirannya berkata, mangsa bersama suaminya yang berusia 70 tahun itu dahulunya pernah mengusahakan sebuah kedai kopi di sekitar kawasan tersebut.

“Tapi lepas masalah kesihatan yang menimpa suaminya, dia (mangsa) tidak lagi berniaga dan kedainya pun baru tutup baru-baru ini,” katanya. – Sinar Harian

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK BACARatu Naga: Apa jaminan Najib kita tak jadi mangsa hutang China seperti Sri Lanka?

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share