SHAH ALAM, 13 OGOS 2017  – Kerajaan Negeri menawarkan pengajian pendidikan percuma di bawah Skim Dermasiswa Universiti Selangor (Unisel) tidak terhad kepada masyarakat Selangor sahaja.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, tawaran pengajian sama turut dibuka kepada masyarakat seluruh Malaysia.

“Pengajian di bawah Skim Dermasiswa adalah percuma 100 peratus dan sememangnya tawaran ini bukan janji palsu.

“Malah turut ditawarkan kepada pelajar dari luar Selangor di seluruh Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Skim Dermasiswa diperkenalkan sebagai program perintis pendidikan percuma di bawah bidang kritikal dan strategik.

Ia merangkumi peringkat pengajian Sains dan Teknologi Maklumat peringkat asasi bagi lanjutan pengajian ke peringkat Sarajan Muda di Unisel.

Tawaran terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf.

Orang awam boleh melunsuri laman sesawang www.unisel.edu.my atau menghubungi talian 03-55223400 untuk sebarang pertanyaan.

UNISEL sebelum ini membelanjakan lebih daripada RM912,000.00 bagi kemasukan pengajian pendidikan percuma bagi sesi Mei 2016 lalu. – SelangorKini

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK BACARatu Naga: Apa jaminan Najib kita tak jadi mangsa hutang China seperti Sri Lanka?

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share