Shamsul Iskandar Md Akin daripada PKR gambar atas membantu mangsa banjir di Melaka – Foto RatuNaga

Sebuah parti yang berjuang demi nafsu, dendam dan sebab peribadi tidak dapat menandingi roh perjuangan demi kesejahteraan rakyat yang telah menjadi asas Umno sejak ia ditubuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata sebuah parti di negara ini yang dinamakannya sebagai ‘parti bunga’ tidak mempunyai roh perjuangan jelas seperti Umno dan parti itu yang hanya berlandaskan kepada nafsu, dendam serta sebab peribadi tidak akan dapat berdiri kukuh demi perjuangan membela rakyat.

“Parti politik hendak berjaya kena ada hala tuju yang jelas, roh perjuangan (yang) membakar, mengaum (dan) roh perjuangan itu ada (pada Umno) berbanding dengan sehari dua ini parti bunga itu apa dia hala tuju, apa roh perjuangan (mereka), kalau semata-mata nak balas dendam bertujuan peribadi (dan) perjuangan seperti itu percayalah takkan bertahan lama.

“Perjuangan kerana nafsu dendam nak tolak sesuatu kerana ada kelompok kecil tidak puas hati, tidak boleh tandingi perjuangan Umno yang dibawa sekian lama untuk rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Katil di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh hari ini.

“Bagi tahu kepada rakyat dan pengundi nanti jangan buang undi sia-sia, Ahli Parlimen Bukit Katil (Shamsul Iskandar Md Akin daripada PKR gambar atas membantu mangsa banjir di Melaka) apa jasanya (kepada rakyat), tiada. Kita mesti tunjuk kita lebih baik daripada pembangkang,” katanya. – Bernama

KLIK VIDEO: Nothing to Hide 2 kecoh, kasut dibaling ke arah Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACA: Dr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACARatu Naga: Apa jaminan Najib kita tak jadi mangsa hutang China seperti Sri Lanka?

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share