KUALA LUMPUR 13 Ogos 2017: Antara kejayaan Program Permata Negara adalah berjaya mengubah golongan mat rempit di negara ini menerusi program Kem Perkasa Permata, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Rosmah, beliau mula mendapat idea untuk membantu golongan itu selepas dirinya dan Datuk Seri Najib Razak tidak dapat tidur malam kerana mendengar bunyi enjin motosikal.

“Datuk Seri Najib mengamuk, dia kata bising dia tak boleh tidur, jadi daripada situ saya mengambil berat tentang perkara itu,” katanya pada Program Hari Belia Perkasa Permata di Kompleks Komuniti Muhibbah Kuala Lumpur hari ini, lapor FMT.

Katanya, setelah berbincang dengan UKM, pihak polis bersetuju untuk mengadakan kursus bagi mat rempit.

Katanya, hasil daripada program tersebut ia berjaya mendidik golongan itu kembali ke pangkal jalan selepas menjalani program pemulihan selama dua bulan.

“Kita berjaya pusingkan fikiran mereka supaya menjadi orang yang berguna. Ada masa depan, malah ada peserta kata dulu masa menjadi mat rempit selalu balik rumah kena marah, digelar kutu jalan.

“Sekarang mereka dah sedar, ada kata nak buka perniagaan, buka bengkel motosikal, malah ada juga yang kata mereka nak jadi polis supaya boleh tangkap kawan-kawan mereka yang masih merempit,” katanya.

KLIK VIDEO: Nothing to Hide 2 kecoh, kasut dibaling ke arah Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACA: Dr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACARatu Naga: Apa jaminan Najib kita tak jadi mangsa hutang China seperti Sri Lanka?

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share