Mahfuz Omar menarik perhatian khalayak Permatang Pauh yang hadir ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan membangkitkan isu partinya PAS ‘berpuas hati’ penjelasan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy. – Foto FMT

Anggota Parlimen Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar bertanya, “Bagaimana kita boleh berpuas hati sedangkan kita tidak faham isu 1MDB sebelum ini?”

Mahfuz membidas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempertahankan penjelasan presiden 1MDB dengan kenyataan parti itu mengamalkan politik matang.

Disambut dengan ketawa hadirin dalam ceramah itu, Mahfuz berkata ‘politik matang PAS’ itu melegakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini melaporkan Mahfuz berkata, walaupun memberi kemaafan memang dituntut dalam ajaran Islam namun sangat pelik untuk membenarkan perdana menteri dan menteri kewangan yang bertanggungjawab dengan 1MDB terus memimpin negara.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini memulakan siasatan jenayah terhadap skandal kewangan 1MDB.

Perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga membebaskan beliau daripada sebarang salah laku.

KLIK BACA: Marina soal Najib berkaitan kes Tun Mahathir diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Tun Mahathir langsung tak berkecil hati diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Azmin lepas geram kekecohan Nothing to Hide libatkan Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACADr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

Tolong Komen & Share