Suspek kes Nothing to Hide – Foto TMI oleh Seth Akmal

SHAH ALAM 14 Ogos, 2017 – TIGA suspek yang ditahan atas dakwaan mencetuskan kekacauan semasa forum Nothing to Hide 2.0 semalam dibayar RM50 seorang untuk hadir ke majlis itu, dedah siasatan awal polis.

The Malaysian Insight difahamkan tiga remaja itu adalah dalam kalangan sebuah kumpulan besar yang diminta berhimpun di sebuah lokasi di Setiawangsa. Di situ, mereka diberikan kemeja-T dengan logo Bersatu, kata sumber yang dekat dengan siasatan berkenaan.

Polis Selangor yang diketuai oleh polis Shah Alam sedang menyemak gambar-gambar dan rakaman video untuk mengenal pasti identiti anggota lain kumpulan itu. Tiga remaja yang dicekup semalam kini sedang ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Ogos ini.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 11 pagi dan dibawa meninggalkan mahkamah pada 1.30 petang tadi.

Sumber berkata ibu bapa suspek sudah dimaklumkan tetapi tiada sesiapa yang hadir pagi ini di mahkamah.

Difahamkan polis dijangka menahan beberapa suspek lagi yang terbabit dalam insiden membaling kasut dan serangan suar di forum itu.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(2)(d) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya.

Forum semalam bertukar kecoh selepas individu tidak dikenali dari tengah hadirin membaling kasut dan botol air ke arah pentas tempat Dr Mahathir Mohamad duduk menjawab soalan daripada peserta forum. Kerusi, dan suar yang dinyala, kemudian dibaling ke sekitar dewan. Ketika keadaan bertukar kecoh, Dr Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain dibawa keluar ke tempat lebih selamat.

Unit keselamatan Bersatu kemudian mencekup tiga remaja berumur 17, 18 dan 19, dan menyerahkan mereka kepada polis.

Ketua sayap pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan tiga remaja itu anggota partinya berdasarkan semakan rekod keahlian dan kemeja-T yang mereka pakai bukan kemeja-T rasmi parti.

Semakan latar belakang juga mendapati suspek yang di bawah umur berasal dari Perlis dan tidak habis sekolah. Dua suspek berumur 18 dan 19 merupakan pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Siasatan juga mendapati suspek berumur 18 tahun ada rekod jenayah dan terlibat dalam satu perbicaraan kes rogol yang sedang berjalan.

Sebelum ini Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tiga remaja yang ditahan polis semalam masih di bawah umur dan bukan ahli parti itu.

Mereka yang masih ditahan ialah Muhammad Nur Fazly bin Arnas (17 tahun); Muhammad Afiq Afifi bin Mohd Nazri (19) dan;Muhammad Safwan bin Shairul Nezem (18).

“Mereka ini adalah remaja yang berumur 17,18 dan 19 tahun. Umum mengetahui, ada syarat umur yang ditetapkan bagi menjadi ahli Armada dan kami juga telah menyemak semula keahlian mereka dengan PPBM. Mereka sama sekali bukan ahli PPBM.

Justeru beliau menegaskan sekiranya remaja ini bukan ahli parti itu, siapakah yang telah memperalatkan remaja ini dalam cubaan untuk mencederakan Dr Mahathir?.

Nota Ana Ghoib: Kesian budak-budak kos hidup tinggi barang mahal tambah cukai GST dan peluang kerja tiada lagi kos pendidikan mahal senang diperalat oleh ketua politik samseng kampungan. Memang laknat Allah aniaya budak-budak yang tak tahu apa mudah terpengaruh! Celakalah engkau wahai ketua di dunia dan akhirat. – TMI

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

KLIK BACA: Terima balasan jika kamu bunuh polis, Mahathir jawab insiden Memali

KLIK BACA: Khairuddin fail saman Rosmah, tuntut kembalikan berlian merah jambu

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Azmin fail saman tuntut mahkamah perintah paksa Khalid tangkap Jho Low

KLIK BACA: Penyokong ikut perangai buruk pemimpin, budaya kurang ajar – Rafidah Aziz

KLIK VIDEO: Najib ucapan berapi seru penyokong serang, tapi ….

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

KLIK BACA: ‘Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh’

Tolong Komen & Share