Ahmad Maslan mahu anggota parti itu mengingati kembali perjuangan asal parti, iaitu kerana agama, bangsa dan tanah air yang telah membawa kepada kemajuan negara pada hari ini. – Foto Malaysiakini BM

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan berkata dalam perjuangan itu, kerajaan BN yang ditunjangi Umno telah membawa pelbagai pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, kemahiran, perpaduan serta keamanan kepada seluruh rakyat di setiap pelosok Malaysia.

“Kenapa perlu menyokong parti baru yang tidak mempunyai jasa membangunkan negara, berkorban kepada rakyat dan parti ini akan terkubur pada pilihan raya umum ke-14,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Wanita Umno bahagian Tawau yang turut dihadiri Ketuanya Datuk Rosdianah Md Nor hari ini.

“Kerajaan cuba memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, pergi ke hospital, dapat segenggam ubat tetapi rakyat hanya perlu bayar RM1.

“Begitu juga anak-anak yang belajar di tadika, sekolah rendah dan menengah, mereka diberi hampir percuma pendidikan, kerana ibu bapa hanya perlu membayar yuran persatuan ibu bapa dan guru serta membeli kelengkapan persekolahan anak-anak sendiri,” katanya lagi. –  Bernama

KLIK BACA: Marina soal Najib berkaitan kes Tun Mahathir diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Tun Mahathir langsung tak berkecil hati diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Azmin lepas geram kekecohan Nothing to Hide libatkan Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACADr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

Tolong Komen & Share