Posted 2013/06/17 by Ana Ghoib in Ilmu Islam
 
 

Misteri Perang Syria, Malaikat Tolong Mereka?

perang syria misteri
perang syria misteri

Admin pun tak mahu percaya kes tahyul sebegini tetapi melihat gaya jalan lelaki itu sememangnya luar biasa dan cara dia mengangkat mangsa dengan satu tangan tidak menundukkan kepala juga pelik!

Kena diri sendiri baru percaya….selalunya begitu!

Terserah namun doa kedamaian buat Syria atau Suriah dlm bahasa Indonesia.

Media terkemuka Indonesia REPUBLIKA.CO.ID - Media mujahidin Chechnya Kavkaz Center melaporkan sebuah berita menarik tentang sebuah video klip yang menggambarkan susuk tubuh seorang berpakaian serba putih dari Syria yg berjalan selamba tenang dalam hiruk pikuk serangan tentera Syria.

Video ini memperlihatkan suasana perang di Syria yang belum lama terjadi. Saat tembakan membabi-buta menyerang kerumunan manusia, salah seorang terkena hentaman peluru dan tergolek di tengah jalan. Orang hanya boleh melihat tanpa berani keluar dari tempat persembunyian kerana jalanan berada dalam serangan Alawites, mazhab minoriti penyokong rejim Parti Baath yang berkuasa di Syria dibawah Bashar Al Assad.

Orang-orang berteriak, panik, dan berhamburan. Mereka tidak tahu bagaimana untuk membantu mangsa yang cedera. Pada saat itu, seorang lelaki berpakaian serba putih muncul di latar belakang video. Dia berkelakuan tenang, berjalan santai dan tidak panik seperti yang lain.

Tanpa mempercepat langkahnya, lelaki yang berpakaian putih tersebut perlahan-lahan mendekati korban yang tergeletak dan mengangkatnya dengan santai, padahal berat korban kurang lebih 80 kg.

Dengan satu tangan dia membawa korban yang terluka ke kerumunan orang. Kemudian lelaki tersebut menghilang dari video.

Seperti dilaporkan oleh Kavkaz Center, saksi dalam kejadian tersebut mengatakan bahawa seorang lelaki tak dikenali muncul secara tiba-tiba. Lelaki tersebut mengenakan jubah putih dan tanpa ekspresi sedikitpun meski berada dalam situasi perang, kotoran, debu, huru haranya serangan.

Lihat videonya berjudul “Angel or Hero? (Malaikat atau Pahlawan?) Di bawah ini.

 

Sumber Apakabardunia Blog

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI