Posted 03/29/2013 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Daftar Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia KDR1M Klik SINI

Informasi Malaysia
Informasi Malaysia

KAKITANGAN Informasi Malaysia, Nurfadillah Wonbran menunjukkan Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia (KDR1M) yang menggunakan konsep 3M iaitu “murah, mampu dan miliki” dengan yuran tahunan RM 30 pada majlis pelancarannya di KL Sentral, Kuala Lumpur hari ini.

DAFTAR KDR1M

Orang ramai berpeluang mendapat diskaun di lebih 5,000 syarikat untuk 74 jenis perkhidmatan dengan mendaftar Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) di seluruh negara hari ini.

Informasi Malaysia selaku penerbit KDR1M menggunakan konsep 3M iaitu murah, mampu dan miliki dengan yuran tahunan RM30 untuk membolehkan orang ramai mendapat diskaun lima hingga 40 peratus apabila menjadi ahli.

 

KUALA LUMPUR 29 Mac – Orang ramai berpeluang mendapat diskaun di lebih 5,000 premis perniagaan membabitkan sebanyak 74 jenis perkhidmatan menerusi Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Informasi Malaysia (Info-Malaysia), Datuk Abd. Rahman Manan berkata, kad itu boleh diperoleh dengan yuran tahunan sebanyak RM30 di kios yang dibuka di KL Sentral bermula hari ini hingga 4 April ini serta di stesen minyak Shell dan Petronas hujung April ini.

Menurut beliau, KDR1M diperkenalkan bagi membantu kerajaan memberikan kemudahan dan meringankan beban rakyat menerusi potongan harga antara lima hingga 40 peratus bagi barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

“Menerusi kad ini, orang ramai boleh mendapat diskaun rawatan kesihatan di 1,100 klinik panel, rebat teksi di Lembah Klang sebanyak 10 peratus, pakej umrah berharga RM3,999 dan diskaun saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kini sedang menunggu kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pendaftaran KDR1M kepada orang ramai yang disempurnakan Penaung Kehormatnya, Tan Sri Abd. Mutalib di sini hari ini.

Info-Malaysia merupakan syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan KDR1M dengan sasaran lebih 150,000 pengguna mendaftar kad itu tahun ini.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata, kad tersebut dapat membantu orang ramai mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya mereka yang tinggal di bandar.

“KDR1M juga didatangkan dengan kemudahan Touch ‘n Go dan kemudahan serta perkhidmatannya akan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan senarai premis perniagaan yang terlibat boleh melayari laman web http://www.informasimalaysia.com.my atau menghubungi talian 03-7785 7839 dan 03-7772 4711. – UTUSAN

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130329/dn_42/KDR1M-libatkan-lebih-5000-premis-perniagaan-74-perkhidmatan#ixzz2OwUMs4r8

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI