Posted 2013/03/30 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Bodoh Jahil Islam, Hina Agama Hindu

zulkifli nordin
zulkifli nordin

Orang yg bakal cari gaduh kaum ini elok dikutuk tak kira apa parti pun..biadap tunjuk pandai buat lawak akhirnya makan diri. Pelawak agama org lain juga rupanya. Heran mcm mana org macam ini dilantik jadi ahli parlimen oleh beberapa penduduk kampung. Amal kamu sendiri jaga tapi bila melihatkan kaum guna otak sikit lah brother….kamu ingat perkasa itu kuat sgt boleh tolong kamu?

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Pemimpin MIC memberitahu Datuk Zulkifli Noordin (gambar) hari ini untuk “tutup mulut”, mohon maaf dan menarik semula kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu.

Ahli parlimen bebas Kulim Bandar Baru  itu dirakamkan dalam sebuah video dimuat naik di Youtube semalam, mempersoalkan kesucian Sungai Ganges di India, yang mana penganut Hindu menganggap suci, mengatakan terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung.

“Jika anda cetek pengetahuan, tutup mulut dan diam,” kata ahli jawatankuasa pusat MIC, Datuk T Rajagopalu kepada The Malaysian Insider.

“Beliau tidak layak menjadi ahli parlimen. Beliau peguam separuh masak dan bukan seorang Muslim sejati. Lelaki Muslim sejati tidak akan mengutuk agama lain,” tambah beliau.

Rajagopalu berkata Zulfikli yang juga merupakan naib presiden Perkasa dan peguam Sharia seharusnya membaca tentang Hinduisme dan Sungai Ganges sebelum memberikan komen.

Naib Presiden MIC Datuk S K Devamany menggesa Zulkifli memohon maaf dan menarik kembali kenyataannya.

“Bagaimana beliau boleh melakukan ini?” kata Devamany.

“Beliau adalah ahli parlimen yang sangat tidak bertanggungjawab. Kita sedang cuba menciptakan keharmonian dan keamanan dan konsep 1Malaysia, serta untuk melibatkan semua komuniti, dan mengharminikan perasaan semua orang… Beliau harus menarik balik dan sensitive kepada keperluan orang, penganut Hindu,” tambah beliau.

Hindu Sangam memberitahu awal hari ini video mengenai kenyataan Zulkifli yang dikatakan pembangkang sebagai satu serangan terhadap agama Hindu, telah mula keluar pada tahun 2001.

Badan yang memayungi pertubuhan penganut agama Hindu mengatakan mereka pernah mengadu tentang penghinaan terhadap agama Hindu dibuat oleh Zulkifli akan tetapi tiada tindakan diambil kerana beliau adalah seorang Muslim dan ahli Perkasa.

Zulkifli dilihat di dalam video menyampaikan kuliah agama dimana beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak melindungi kedainya dari ditimpa banjir.

Zulkifli juga dilihat menghina penganut Hindu yang mahu membeli patung yang telah patah.

“Berebut Hindu beli Tuhan, Tuhan gajah, semua sudah patah, saya tanyalah, aci, apasal beli Tuhan sudah patah. Dia jawab ‘tak apa balik kita taruk plaster,” kata ahli parlimen bebas itu, yang dipecat dari PKR.

Ahli jawatankuasa pusat MIC P Kamalanathan menyelar kenyataan Zulkifli sebagai “dalam cara yang paling keras.”

“Negara pelbagai kaum kami tidak perlu provokasi yang sensitif seperti itu yang bertentangan dengan ideal1Malaysia kerajaan,” kata Kamalanathan yang juga merupakan ahli parlimen Hulu Selangor kepada The Malaysian Insider.

National Indian Rights Action Team (NIAT) membuat laporan polis terhadap Zulkifli di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.

“Kenyataannya sangat memalukan. Kenyataannya boleh menyebabkan ketegangan agama diantara Muslim dan Hindu,” kata pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Haj dalam satu kenyataan hari ini.

“Kenyataan YB Zulkifli juga menghasut. Laporan ini dibuat agar siasatan boleh dijalankan serta merta dan tindakan boleh diambil dengan segera terhadap YB Zulkifli,” tambah beliau.

Hari ini, pemantau hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengkritik Zulkifli kerana “tidak menghormati” masyarakat tersebut.

Ini adalah insiden kedua tahun ini di mana kepercayaan Hindu diserang.

Awal tahun ini, kolumnis Dr Ridhuan Tee Abdullah menimbulkan kemarahan MIC selepas didakwa menghina penganut Hindu dalam artikelnya di akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian pada 18 Februari. TMI

 

 

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI