Posted 06/25/2013 by Ana Ghoib in Berita Dunia
 
 

Tukang gantung Saddam Hussein Mati Dibunuh Iraq

saddam hussien hukuman gantung
saddam hussien hukuman gantung

Salah seorang daripada lelaki yang terlibat menjalankan hukuman gantung ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditemui mati dibunuh lapor Al Arabiya

Parti Baath dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa adalah Mohammed Nassif al-Maliki, dan pernah muncul dalam video rakaman hukuman gantung berkenaan.

Dalam video berkenaan, Mohammed merupakan lelaki bertopeng dan berada di sebelah tepi Saddam.

Kerajaan Iraq bagaimanapun tidak mengulas mengenai laporan kematian Mohammed itu.

Sebelum pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq lalu, Mohammed bekerja menjual sayur-sayuran di wilayah Karbala.

Selepas kematian Saddam, dia menjadi pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dan dianugerahkan pangkat Kapten selepas terlibat dalam melaksanakan hukuman gantung itu. – Agensi

Oleh kerana tidak mahu melanggar peraturan Google hanya video tangkapan Saddam shj dipamerkan.


Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI