Posted 2013/07/09 by Ana Ghoib in Berita Dunia
 
 

Gambar: Perkahwinan Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin Aishah Puteri Brunei Darussalam

brunei kahwin 2
brunei kahwin 2

Malam tadi telah diadakan Majlis Istiadat Bersanding YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A’ishah Puteri yang berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Negara Brunei Darussalam. Istiadat berlangsung di Bilik Singahsana, Balai Penghadapan Bukit Kayangan di Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.

brunei anak kahwin

 

Selepas Majlis Istiadat Bersanding selesai, para tetamu dijemput ke Dewan Santap, Balai Penghadapan Bukit Kayangan untuk menghadiri Majlis Santapan sempena Majlis Istiadat Bersanding ini. Tetamu kehormat dalam majlis ini adalah Timbalan Sultan Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan isteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.brunei kahwin

Sebahagian daripada rombongan Pengantin Diraja Perempuan, Kiri sekali DYMM Sultan Ismail Petra, YMM Raja Perempuan Tengku Anis, Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah, Tengku Mahkota Kelantan YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani dan Tengku Muhammad Fakhry.

brunei royal family

Keluarga Diraja Brunei :- Dari kanan sekali adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan isteri Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan isteri, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

 
Credit Blog Inikalilah

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Viator | Trader Avant Garder | Nom de Guerre | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI