Raja Azmi ketika menanti rombongan pihak lelaki tiba di rumahnya. – Foto kredit Media Hiburan

PENERBIT filem, Raja Azmi Raja Sulaiman selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Mohd Eddie Ghazali, di kediamannya yang terletak di Ampang, hari ini.

Raja Azmi menerima tiga dulang hantaran berbalas lima kepada pihak lelaki.

gambar kahwin raja azmi

Kedua-dua pihak diwakili oleh anak masing-masing iaitu Muhammad Daniel Mohd Eddie, 21 dan Puteri Suraya Jailani, 28.

Hasil perbincangan, majlis pernikahan Raja Azmi dan Eddie ditentukan pada 15 September ini dengan hantaran senaskah al-Quran.


raja azmi kahwin

Cincin disarung ke jari Raja Azmi oleh ibu Eddie lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Raja Azmi telah bercerai dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek setelah 28 tahun berkahwin.


Tolong Komen & Share