Posted 2013/08/12 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Cool Blog Jenama ice blended pertama diiktiraf halal

ice blended halal
ice blended halal

PEPATAH menyebut, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Itulah situasi terpaksa dihadapi pengeluar minuman jenama Cool Blog ekoran beberapa pengeluar minuman ice blended lain menggunakan bahan mengandungi asid maleik.

“Kami merasai tempias itu, dan kesannya lebih kurang 40 peratus jualan merudum. Namun, ingin saya jelaskan pembekal Cool Blog tidak tersenarai dalam pembekal terlarang itu.

“Kami melakukan ujian makmal setiap tiga bulan ke atas bahan Cool Blog. Setakat ini semua minuman kami selamat dan bebas kandungan asid maleik,” jelas Pengurus Operasi Perniagaan CoolBlog Dessert Sdn Bhd, Muhammad Daniel Koh Abdullah berkaitan isu penggunaan bubble tea dari Taiwan dalam minuman ice blended.

Isu itu menjadi perbualan hangat apabila Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari syarikat Wang Tai di Taiwan menarik balik produk makanan tersebut daripada pasaran Malaysia kerana mengandungi asid maleik yang boleh merosakkan buah pinggang.

Dilancarkan pada 2005 di Singapura, Cool Blog dibangunkan sebagai kedai minuman, pencuci mulut dan minuman berperisa teh serta muncul penyedia ice blended pertama mendapat persijilan halal di Malaysia

“Kami fokus dalam perniagaan kerana 80 peratus pelanggan kalangan Muslim, dan ia mencerminkan kesungguhan kami untuk menerajui industri minuman dan pencuci mulut di Malaysia,” katanya.

Hebatkan promosi

Jenama Cool Blog mempunyai lebih 250 cawangan seluruh negara dan akan menggenapkan kepada 300 cawangan sehingga akhir tahun ini.

“Kami dalam pengembangan yang baik dengan sasaran 400 cawangan dibuka menjelang 2014 menggunakan modal permulaan RM120,000 meliputi sewaan kios, pengurusan, pekerja terlatih, peralatan, ramuan, lesen dan latihan,” katanya.

Dianggarkan lapan hingga 10 cawangan dibuka setiap bulan manakala dua juta cawan minuman dijual sebulan, menguasai 10 peratus daripada populasi Malaysia yang menikmati minuman itu.

“Kami menambah cawa ngan secara ketara kerana ingin mewujudkan jurang antara pesaing, justeru, diperuntukkan sejumlah dana untuk memperhebatkan bahagian promosi dan pengiklanan, “jelasnya.

Dalam soal pemilihan tapak, Cool Blog tidak mengehadkan kepada pusat membeli-belah sahaja dan pemegang lesen yang merancang membuka di kawasan tumpuan ramai seperti berdekatan bank, pasar raya dan kolej dipertimbangkan.

“Kami meneliti lokasi yang dipilih sekurang-kurangnya seminggu sekali agar tempat itu sesuai dan tepat dalam menjamin kestabilan jualan,” tegasnya.

 

Baca Lanjut Sinar Harian

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI