Proton Suprima S yang dilancarkan Sabtu lalu ternyata menjadi perbualan hangat banyak pihak.

Ada yang memuji, ada yang mengkritik, ada yang membuat perbandingan dengan model lain dan pelbagai lagi reaksi diterima.

Persoalannya, berbaloikah sekiranya anda membeli Proton Suprima S?

Model terbaru Proton ini termasuk di dalam segmen C.

Walaupun berbeza segmen, tidak salah rasanya membuat perbandingan antara dua kereta ini kerana harganya yang berada di dalam lingkungan serupa. Mari kita bandingkan.

proton suprima vs toyota vios

1. HARGA
Suprima S:-

  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Toyota Vios 2013:-

  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
  • Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 J (Automatik)  – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200

Kesimpulan – Proton Suprima S memenangi kategori ini walaupun varian Vios J adalah lebih murah. Perlu diingatkan gear Vios J adalah manual dan varian automatik Vios hanya bermula pada harga yang lebih tinggi berbanding Suprima. Sudah tentu pilihan gear automatik menjadi pilihan terutamanya kepada pembeli yang kebanyakannya membuat pemanduan di dalam kota. Malah dengan hanya perbezaan RM3,000 sahaja berbanding varian asas, pembeli Suprima S sudah boleh mendapatkan varian yang paling hebat iaitu Premium.
2. REKAAN LUARAN
Suprima S – secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S.  Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan kami. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.

Toyota Vios 2013 – masih mengekalkan rekaan “dugong”, itulah antara komen yang kami terima. Secara jujur nampak seperti tiada kajian mendalam yang dilakukan oleh Toyota untuk model terbarunya ini. Kemungkinan besar ini adalah kerana keyakinan Toyota untuk menjual produknya kepada rakyat Malaysia. Lampu belakang Vios juga dilihat kurang menarik dan tidak mengikuti perkembangan seperti model-model kereta daripada Korea.

Kesimpulan – Oleh kerana rekaan luaran adalah satu perkara subjektif, kami tidak dapat memberi kelebihan kepada salah satu model ini. Mungkin di mata kami nampak hodoh, tetapi di mata anda nampak cantik. Apa pun, jika kami disuruh membuat pilihan daripada segi luaran sahaja, kami akan memilih Toyota Vios 2013.

 

Tolong Komen & Share