Posted 08/25/2013 by Ana Ghoib in Berita Dunia
 
 

Amerika hantar kapal perang ke 4, siap sedia serang Syria

EGYPT-US-SUEZ-SYRIA-NAVY-FILES
EGYPT-US-SUEZ-SYRIA-NAVY-FILES

Gambar dikeluarkan pada 23 September 2008 merakamkan kapal perang USS Ramage, USS Carter Hall dan USS Roosevelt melalui Terusan Suez menuju ke Laut Mediterranean. – AFP
WASHINGTON 24 Ogos – Amerika Syarikat (AS) dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan ke atas Syria, ketika armada perang negara itu dilihat sedang mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean.

Setiausaha Pertahanannya, Chuck Hagel membayangkan, Pentagon telah menggerakkan tenteranya ke suatu kawasan menjelang kemungkinan tindakan ketenteraan dilancarkan ke atas Syria, walaupun Presiden Barack Obama menyuarakan tindakan berhati-hati.

Menurut Hagel, komander-komander AS, bagaimanapun telah menyediakan beberapa ‘pilihan’ kepada Obama, sekiranya beliau memilih untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Damsyik.

”Jabatan Pertahanan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan (pilihan) kepada Presiden dengan pilihan luar jangka.

”Untuk itu, ia memerlukan pasukan dan aset ketenteraan kami diletakkan dalam kedudukan bersedia melaksanakan pilihan berbeza yang mungkin dipilih oleh Presiden,” katanya sebelum berlepas ke Malaysia dalam rangka lawatan ke Asia.

Kenyataan Hagel dibuat selepas seorang pegawai pertahanan berkata, tentera laut Amerika akan mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean dengan penghantaran kapal perang keempat dilengkapi peluru berpandu ke sana.

Armada Keenam AS yang diberi tanggungjawab di Mediterranean memutuskan untuk mengekalkan kapal Perang USS Mahan di rantau itu daripada kembali ke pangkalannya di Norfolk, Virginia.Tiga kapal pemusnah lain buat masa ini telah ditempatkan di kawasan itu iaitu, kapal Kapal Perang USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage dengan kesemuanya dilengkapi peluru berpandu Tomahawk.

Pengukuhan aset tentera akan membolehkan Pentagon bertindak secara berterusan sekiranya Obama mengarahkan tindakan ketenteraan diambil terhadap Syria. – AFP /Utusan

 

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI