Posted 2013/09/12 by Ana Ghoib in Formula One F1 Malaysia
 
 

Berita Formula One: Raikkonen sah sertai Ferrari musim F1 2014

raikonnen ferrari
raikonnen ferrari

Kimi Raikkonen (kiri) dan Fernando Alonso ketika meraikan kemenangan di podium selepas perlumbaan Grand Prix F1 China pada 14 April lalu. – Foto REUTERS
PARIS: Kimi Raikkonen akan berpasangan dengan Fernando Alonso untuk pasukan Ferrari bermula musim depan apabila bersetuju dengan tawaran kontrak dua tahun, demikian menuruk pasukan dari Itali itu, hari ini.

“Scuderia Ferrari mengumumkan sudah mencapai persetujuan dengan Kimi Raikkonen. Pemandu dari Finland itu akan sertai Fernando Alonso sebagai barisan pemandu kami untuk dua musim perlumbaan akan datang,” kata Ferrari dalam lamam webnya.
Raikkonen sebelum ini pernah bersama Ferrari dan menjadi juara Formula Satu (F1) pada 2007.
Selepas dua tahun meninggalkan F1, Raikkonen kembali dengan menyertai pasukan Lotus mulai 2012.

“Saya amat gembira kembali semula ke Maranello di mana saya memperoleh kejayaan yang mengagumkan,” kata Raikkonen.

Raikkonen akan menggantikan Felipe Massa, yang meninggalkan Ferrari pada penghujung musim ini. – AFP

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI