Posted 2013/09/18 by Ana Ghoib in Berita Dunia
 
 

Bangladesh Jamiat Islami: Syeikh Quader Molla dihukum mati terlibat ‘genocide’

Syeikh Abdul Quader Molla
Syeikh Abdul Quader Molla

Sepatutnya pemuda PAS juga memikirkan tuduhan yg dihadapi oleh Syeikh Quader Molla adalah berat termasuk kes rogol dan membunuh ibu mengandung juga menghempas bayi berusia 2 tahun ke tanah hingga mati.  Keadilan mesti ditegakkan juga kepada keluarga mangsa.

Politik dan pertubuhan agama tidak boleh menyelamatkan beliau. Dia juga didakwa bersama sama askar Pakistan melakukan pembunuhan beramai ramai lebih 300 org penduduk kampung.

Klik sini baca pertuduhan beliau yg berjaya dibuktikan.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk keputusan Mahkamah Agung Bangladesh yang telah menjatuhkan hukuman mati kepada Syeikh Abdul Quader Molla, Penolong Setiausaha Agung Jamiat Islami.

Abdul Quader dijatuhkan hukuman berkenaan ekoran pertuduhan terhadapnya dengan melakukan pembunuhan besar-besaran semasa peperangan dengan Pakistan pada 1971.

“DPPM merasa kesal kerana Mahkamah Agung Bangladesh sanggup menukar hukuman asal yang dikenakan ke atasnya daripada penjara seumur hidup kepada hukuman mati.

“Hukuman ini pula berikutan daripada protes daripada segelintir golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap Abdul Quader Molla terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya,” kata Naib Ketua DPPM Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Dalam hal ini katanya, Mahkamah Agung Bangladesh telah tunduk kepada tekanan segelintir golongan pelampau dengan mengenepikan keadilan yang sebenar yang sepatutnya dinikmati oleh Abdul Quader.

Menurutnya, Mahkamah Bangladesh sepatutnya melihat kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan bukan kepada sentimen sesetengah pihak semata-mata.

“Apakah Abdul Quader telah mendapat keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk rakyat Bangladesh,” soalnya.

DPPM juga katanya melihat langkah politik Sheikh Hasina sumbang dengan melakukan tindakan kejam terhadap pesaing politiknya terutama kepada Jamiat Islami.

Kata beliau, dalam keadaan parti politik seperti Jamiat Islamiyy semakin berpengaruh dan mendapat tempat di hati rakyat, kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan Jamiat Islamiyy pada bulan lepas.

Sementara itu, hampir kesemua pemimpin tertinggi Jamiat Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati.

“Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh,” soal beliau lagi.

Justeru, DPPM mendesak kerajaan Bangladesh mengkaji balik hukuman tersebut dengan memastikan keputusan yang dibuat berdasarkan kepada keadilan yang sebenar. Harakahdaily

Sumber Sheikh Hasina

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI