Posted 2013/09/19 by Ana Ghoib in Berita Dunia
 
 

Haji 2013: Hujan rahmat landa Kota Makkah

prophet muhammad nabi islam kesusahan
prophet muhammad nabi islam kesusahan

Admin pernah rasa solat dalam hujan di Makkah dan melihat kanak kanak bermain air di sekitar Kaabah kegirangan semacam tiada apa menghalang mrk dan pak arab semuanya ada yg ketawa.

Terasa rumah Allah perlambangannya waktu itu sgt membahagiakan dan pengasih pernyataannya!

Demikian kisah Makkah rumah Allah dan pembaca juga pasti melalui pengalaman menarik masing masing?

Setelah berbulan-bulan cuaca kering dan panas terik sehingga mencapai suhu 45 darjah celsius, umat Islam dari seluruh dunia yang berhimpun di Tanah Suci, semalam menadah tangan berdoa dan bersyukur apabila hujan turun selama kira-kira 10 minit pada waktu Maghrib lapor Malaysiakini.

Hujan renyai itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan debu di sekitar kawasan Masjidil Haram yang kini melalui kerja pengubahsuaian secara besar-besaran.

Seorang penduduk Makkah yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata hujan renyai itu kali kedua turun sejak enam bulan Makkah dilanda cuaca panas dan kering.

Jutaan umat Islam kini mula membanjiri Makkah sebagai persiapan menunaikan ibadah haji yang dijadual bermula 14 Oktober.

Sementara itu, Pengurus Media Tabung Haji (TH) Mohamad Naser Jaafar berkata, kira-kira 9,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Makkah dan Madinah.

Jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah sedang memasuki Makkah secara berperingkat dan kesemua mereka akan berada di Makkah pada 29 Sept ini apabila kesemua 33 penerbangan dari Malaysia ke Madinah berakhir pada 20 September.

Mulai 21 September pula, kesemua penerbangan dari Malaysia mendarat di Jeddah untuk membawa jemaah haji terus ke Makkah dan penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Jeddah ialah pada 9 Oktober.

- Bernama

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI