Posted 2013/09/30 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

2 maut 30 masuk hospital keracunan makanan di kenduri kahwin Kedah

kenduri kahwin keracunan makanan
kenduri kahwin keracunan makanan

Gambar hiasan – Rasanya ini kes pertama seumpamanya dan sangat aneh sekali keracunan makanan kenduri kahwin membunuh! Takziah untuk mangsa.

JERAI 30 Sept. – Dua orang maut sementara kira-kira 30 lagi dimasukkan ke Hospital Yan di sini dipercayai keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Sabtu lalu lapor Utusan Malaysia.

Mangsa pertama, Shazana Mohd. Rashid, 24 meninggal dunia di Hospital Yan kira-kira pukul 1 petang tadi sementara seorang lagi mangsa Mohd. Nor Rahmat Yusuf, 11, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital itu.

Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat. Kesemua mangsa lain kini mendapat rawatan di Hospital Yan.

 

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI