Posted 2013/10/13 by Ana Ghoib in Ilmu Islam
 
 

Cerita Lawak Lucu Sheikh Juha Yang Terkenal

juha khoja
juha khoja

Kambing Ajaib

Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi dan membeli sebuah kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak- tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.

Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang. “Celaka kamu, apa ini?” Kata ayahnya.. “Itulah kepala yang ayah minta.” Jawab Juha. “Mana kedua-dua matanya?” Tanya ayahnya lagi.. “Ia adalah kambing buta.” Jawab Juha.. “Mana kedua-dua telinganya.” . “Kambingnya tuli.” Jawab Juha. “Lidahnya juga tidak ada, ke mana?” Tanya ayahnya. “Kambing itu kelu agaknya.” Jawab Juha. . “Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?” “Kambingnya botak.” Jawab Juha. Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi. “Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain.” Kata ayahnya. .“Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” Jawab Juha.

Kentut Syekh Juha

Pada suatu hari, Syekh Juha sedang melaksanakan sholat berjamaah di Masjid. ketika sudah sampai roka’at kedua, Ia tak bisa mengendalikan kentut yang sedari tadi Ia tahan. Akhirnya, Ia buang angin dengan suara yang sangat keras sehingga terdengar seluruh jama’ah lainnya.

Setelah peristiwa itu, ia memutuskan untuk tidak keluar rumah karena rasa malu yang ditanggungnya. Namun lama-kelamaan ia tidak tahan juga berdiam diri di rumah dan takut keluar karena malu, akhirnya ia memutuskan untuk pergi meninggalkan rumah menuju tempat yang sangat jauh dari desa tersebut dalam waktu yang lama.

Setelah puluhan tahun, ia memutuskan untuk kembali ke desa untuk tinggal lagi di rumah yang ia tinggalkan dulu. setelah memasuki perbatasan desa, ia melihat gerombolan anak kecil yang sedang bermain di jalan. lalu ia memanggil salah satu anak kecil tersebut dan bertanya berapa umurnya, guna meyakinkan dirinya bahwa tidak ada lagi yang ingat tentang tragedi kentut yang membuat malu dirinya.

“Hai anak kecil, berapa umur kamu?”, Syekh Juha bertanya pada anak itu.

Lalu anak kecil itu menjawab, “Saya tidah tahu berapa umurku, tapi yang jelas kata ayahku, aku lahir saat seseorang bernama Syekh Juha kentut di masjid”.

Setelah mendengar jawaban anak kecil itu, Syekh Juha lalu kabur dan mengurungkan niatnya untuk kembali ke desanya karena malu.

Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.
Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki Mullah Nasruddin Khoja. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

40 Kisah Jenaka Juha terjemahan oleh Abraz Art FB

1) Suatu hari Juha kehilangan keldainya. Ke hulu ke hilir dia mencari keldainya itu. Ketika di satu perhentian dia mendengar seorang lelaki berkata kepada isterinya, “Tatkala aku melihat dikau, aku nampak dunia seluruhnya” seraya Juha menyampuk, “Kalau begitu kau nampak tak di mana keldai aku?”

 

2) Suatu hari Juha menziarahi jirannya yang sedang sakit. Ketika bertemu ahli keluarga si sakit dia mengucapkan, “Semoga Allah menggandakan pahala kalian di atas kematiannya.” Salah seorang ahli keluarga itu berkata dalam keadaan terkejut, “Tapi dia belum mati lagi.” “Insya Allah kejap lagi mati la tu,” jawab Juha.

 

3) Seorang lelaki bertanya kepada Juha, “Yang mana satu lebih afdhal, berjalan di belakang jenazah atau di depannya?” Juha menjawab, “Ikut suka kaulah nak jalan mana, asalkan bukan atas keranda (seperti jenazah).”

 

4) Ketika Juha sedang pulang dari mengiringi jenazah, seorang sahabatnya bertanya kepadanya, “Kau dari mana Juha?” Jawab Juha, “Tadi aku pergi tengok jenazah anak si fulan.” Sahabatnya bertanya lagi, “Yang meninggal tu anak dia yang mana satu?” “Si fulan tu ada dua orang anak, yang meninggal tu yang tengah-tengah,” balas Juha.

 

5) Suatu hari Juha ada seorang tetamu yang bermalam di rumahnya, pada tengah malam tetamunya itu terjaga dari tidur lalu memanggil Juha, “Tolong bagi aku lilin yang berada di belah kanan kau.” “Kau gilakah? Manalah aku nampak belah kanan aku waktu gelap begini,” jawab Juha.

 

6) Juha mewarisi separuh bahagian dari rumah pusaka ayahnya. Dia berkata, “Aku nak jual separuh bahagian aku untuk aku beli separuh lagi.”

 

7) Ada orang bertanya pada Juha, “Mana satu yang paling banyak manfaat, matahari atau bulan?” Juha menjawab, “Matahari tak berapa banyak manfaat sangat kerana ia terbit waktu siang sahaja sedangkan bulan muncul pada waktu malam lalu menerangi dunia.”

 

8) Saat Juha lemas dibuai mimpi dia terkejut lantas bangun dari katilnya sambil berkata kepada isterinya, “Cepat bawakan padaku cermin mata.” Isterinya bertanya, “Kenapa?” “Tadi dalam mimpi ada benda yang aku tak berapa jelas, aku nak tengok dengan lebih jelas sebelum ia hilang dari aku.”

 

9) Juha terjatuh dalam sebuah parit, setiap kali bangun dia akan jatuh semula. Setelah terlalu letih Juha berkata, “Kali ini kalau aku dapat bangun aku nak balik rumah terus.”

 

10) Juha ditanya pada bintang apakah dia lahir. Juha menjawab, “Aku lahir pada bintang kambing.” Mereka berkata, “Dalam banyak-banyak bintang mana ada bintang kambing.” Juha pula berkata, “Dahulu masa kecil ibuku beritahu aku lahir pada bintang kaprikorn (anak kambing), cerita itu 40 tahun yang lalu, pasti sekarang anak kambing tu dah besar.”

 

11) Suatu hari Juha kehilangan keldainya. Kemudian dia pulang ke rumah dalam keadaan gembira seraya berkata, “Alhamdulillah nasib baik aku tak tunggang keldai tu, kalau tak mesti aku hilang sekali dengannya.”

 

12) Beberapa orang jiran Juha tergopoh-gapah menemui Juha, mereka berkata, “Isteri kau dah hilang akal.” Juha terdiam seketika kemudian dia pulang ke rumahnya mencari sesuatu.” Jiran-jirannya hairan lalu bertanya, “Apa yang sedang kau lakukan Juha?” “Tadi kamu kata isteriku hilang akal, aku cari tapi tak jumpa, sekarang aku yakin isteri aku tak ada akal.”

 

13) Juha melihat ke dalam perigi lalu ternampak wajahnya di dalam perigi itu. Dia berasa takut lalu balik ke rumah dengan cepat menemui ibunya, dia berkata, “Masalah besar ni mak, ada pencuri dalam perigi.” Ibunya menjawab, “Biar aku pergi tengok dengan kau supaya aku pastikan perkara ini.” Lama ibunya menjenguk ke dalam perigi lalu berkata, “Betullah Juha, ada perempuan sekali dengan pencuri tu.”

 

14) Dalam sebuah kampung dibina masjid baru. Apabila Juha melihatnya, dia bertanya, “Apa ni?” “Ini masjid jamek (iaitu masjid utama sesuatu masyarakat, di sinilah didirikan Solat Jumaat),” begitulah dijawab kepadanya. Juha pula berkata, “Bagusnya dia bina masjid ni, semoga Allah merahmati Jamek (nama orang).”

 

15) Suatu hari Juha menjadi tetamu kepada sahabatnya. Pada hari pertama sahabat itu memberinya minum susu. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat Juha duduk dalam keadaan sedih. Sahabatnya bertanya, “Kenapa dengan kau Juha?” “Aku tunggu kau susukan aku,” jawab Juha.

 

16) Juha pergi ke kedai makan. Dia menempah sepotong manisan dan sudu yang panjangnya dua meter. Pelayan di situ bertanya kepadanya, “Kenapa minta sudu panjangnya dua meter?” Juha menjawab, “Doktor kata padaku jauhkan diri daripada manisan.”

 

17) Suatu hari Juha ditanya, “Kalau masuk bulan baru, mana perginya bulan-bulan yang lama?” Juha menjawab, “Mereka potong dan jadikan bintang.”

 

18) Juha berkata, “Apa-apa yang masuk ke dalam akal aku, aku tak akan lupa sampai bila-bila.” Sahabatnya yang pernah memberi hutang padanya berkata, “Kalau begitu, tentu kau masih ingat berapa banyak kau hutang pada aku.” Jawab Juha, “Hutang tu tak masuk dalam akal, masuk dalam poket.”

 

19) Suatu hari Juha duduk di bawah pokok sambil memakan anggur, tiba-tiba sebiji anggur jatuh dari tangannya. Juha berkata dengan hairannya, “Buah pun nak lari dari mati.”

 

20) Ibu Juha mahu menghadiri majlis perkahwinan, dia tinggalkan Juha di rumah lalu berkata, “Jaga pintu rumah ni baik-baik sampai mak balik.” Juha patuh menjaga pintu itu, setelah berjam-jam lamanya Juha berasa bosan. Tiba-tiba Juha terfikir sesuatu dan terus melakukannya, dia mencabut pintu dan membawanya kepada ibunya di majlis tersebut. Juha berkata kepada ibunya, “Mak, ini dia pintu.”

 

21) Suatu hari Juha bersiar-siar kemudian dia menjumpai seorang buta. Juha mahu membantunya. Juha berkata, “Berikan aku bukti bahawa engkau buta.” Orang buta itu bertanya, “Kau nampak pokok tu?” Juha mengatakan, “Ya.” “Aku tak nampak pokok tu,” jawab orang buta itu.

 

22) Juha bertanya kepada sahabat-sahabatnya pada hari apakah mereka dilahirkan. Yang pertama menjawab, “Hari Sabtu.” “Hari Selasa,” jawab yang kedua. “Hari Jumaat,” jawab yang ketiga lalu Juha mengatakan, “Kau tipu, Hari Jumaat kan cuti am.”

 

23) Juha ternampak seorang perempuan menangis di kubur. Juha bertanya, “Kenapa kau menangis?” Perempuan itu menjawab, “Suami aku meninggal dunia,” Juha bertanya lagi, “Apa pekerjaan almarhum?” “Penggali kubur,” jawab perempuan itu. Justeru Juha membalas, “Siapa yang menggali lubang untuk saudaranya dia juga akan masuk ke dalamnya (maksud sebenar hadis adalah siapa yang merencana suatu kejahatan kepada saudaranya dia bakal jatuh ke dalam rencana itu).”

 

24) Juha masak makanan, kemudian dia duduk makan bersama isterinya. Juha berkata, “Sedapnya makanan ni, kan bagus tak sesak macam ni.” Isterinya bertanya, “Apa yang sesaknya, bukankah aku dan kau sahaja di sini?” “Aku fikir tadi aku seorang saja dengan periuk ni,” kata Juha.

 

25) Seorang anak perempuan Juha bertanya kepadanya, “Wahai ayahku! Apakah yang membuatkan sesuatu rumahtangga aman tenteram?” “Anakku, ada dua perkara, yang pertama suami mestilah bisu dan yang kedua isteri mestilah buta,” jawab Juha.

 

26) Suatu hari Juha bersiar-siar, tiba-tiba di suatu tempat kakinya tercucuk duri. Ketika di rumah dia mengeluarkan duri itu seraya mengucapkan, “Alhamdulillah.” Isterinya bertanya, “Atas sebab apakah kau bertahmid?” Juha menjawab, “Aku bertahmid sebab aku tak pakai kasut baru, kalau tak mesti dah berlubang kasut tu.”

 

27) Suatu hari Juha dan isterinya membasuh pakaian di luar rumah. Ketika mereka sedang membasuh pakaian dengan air dan sabun tiba-tiba datang seekor gagak mengambil sabun mereka. Isterinya menjerit kepada Juha, “Tangkap burung tu, dia ambil sabun kita.” Juha berkata, “Biarkan dia ambil, kau tak nampakkah betapa kotor burung tu penuh dengan warna hitam?”

 

28) Juha ditanya, “Cuba kau kira berapa ramai orang gila dalam kampung kita.” Juha berkata, “Ramai sangat, kalau nak kira berapa ramai orang yang waras, senang la.”

 

29) Suatu hari keldai Juha telah dicuri. Maka bertanyalah salah seorang sahabatnya, “Apa yang kau akan lakukan pada pencuri itu wahai Juha?!” “Kalau dia tak pulangkan keldai aku, jangan sampai aku buat macam ayah aku buat dulu,” jawab Juha. Sahabatnya bertanya lagi, “Apa yang ayah kau buat?” Juha berkata, “Dia beli keldai baru.”

 

30) Seorang sahabat Juha berkata kepadanya, “Boleh tak kau tolong aku kirakan dengan jari?” Juha menjawab, “Boleh.” “Ini dua balang gandum,” kata sahabatnya itu. Maka Juha menurunkan jari manis dan kelingkingnya. Kemudian sahabatnya berkata lagi, “Ini dua balang barli.” Kemudian Juha menurunkan ibu jari dan jari telunjuknya, jadilah jari hantunya dibiarkan tegak. Sahabatnya bertanya, “Kenapa kau naikkan jari tengah kau?” “Supaya tak tercampur antara gandum dengan barli,” jawab Juha selamba.

 

31) Juha berada dalam biliknya, tiba-tiba seorang sahabatnya datang mengetuk pintu lalu Juha bertanya, “Siapa yang ketuk?” Sahabatnya menjawab, “Aku sahabat kau, Sorsur (yang bermakna lipas – gelaran beliau)” Juha membalas, “Masuk saja dari bawah pintu.”

 

32) Di sebuah kedai Juha berkenan dengan sepasang kasut lalu bertanya kepada tuan kedai, “Berapa harga kasut ni?” “Sepuluh dirham,” jawabnya. Juha berkata, “Kalau kau turunkan kepada lapan dirham, pasti aku beli kedua-dua belah kasut ni.”

 

33) Juha bertanya, “Berapa harga manisan ni?” Penjual itu menjawab, “Kami jual empat potong dengan tiga dirham.” Juha berkata, “Jadi, tiga potong dua dirham. Dua potong satu dirham. Satu potong percuma. Kalau begitu bagi aku sepotong yang percuma tu.”

 

34) Juha tinggal di rumah sewa yang mana atap bumbungnya selalu bergoyang. Suatu hari tuan rumah datang mahu mengutip sewa, Juha berkata, “Tolong baiki bumbung ni, selalu sangat bergoyang-goyang.” “Tak mengapa, dia sedang berzikir pada Allah,” jawab tuan rumah. Juha berkata, “Aku risau dia bertambah ketakutan (khusyuk) lalu dia sujud.”

 

35) Juha mempunyai sepuluh ekor keldai. Dia menunggang salah seekor daripadanya lalu apabila dia mengira keldainya, didapati berkurang menjadi sembilan. Apabila dia turun dari keldai itu dan mengira semula, dia mendapati kesemuanya sepuluh. Juha berkata, “Lebih baik aku berjalan saja sambil mengira keldai-keldai daripada aku tunggang tapi berkurang.”

 

36) Juha ditanya, “Berapa umur kau?” Juha menjawab, “40 tahun.” Setelah berlalu sepuluh tahun lepas itu dia ditanya lagi tentang umurnya, Juha masih mengatakan umurnya 40 tahun. “Dulu kami pernah bertanya umur kau sebelum sepuluh tahun, engkau jawab 40 tahun, sekarang pun kau cakap 40 juga,” begitulah pertanyaan mereka. Juha berkata, “Aku adalah lelaki yang tidak mengubah pendirianku dan tidak berundur daripadanya, inilah sifat lelaki sejati.”

 

37) Suatu hari Juha sesat jalan ketika menunggang baghalnya. Di pertengahan jalan seorang sahabat ternampaknya lalu bertanya, “Ke mana kau nak pergi ni Juha?” “Baghal aku ni nak buang air, aku teman dia dulu sampai dia jumpa tempat nak buang air.”

 

38) Juha terjumpa seorang yang tidak dikenalinya lalu memeluknya. Juha bertanya khabar dengan penuh kerinduan. Lelaki itu bertanya kepadanya, “Kau kenal akukah sebelum ni?” Juha menjawab, “Tak. Aku tengok jubah dan serban kau serupa dengan jubah dan serban aku, aku fikir kau adalah aku.”

 

39) Juha keluar bersiar-siar, ketika berada di sebuah taman bunga bajunya tersangkut di sebuah pokok menyebabkan kakinya tersandung lalu bajunya terkoyak. Segera dia menoleh sambil berkata dengan sangat marah, “Nasib baiklah kau ni benda tak bernyawa dan tak berakal, kalau tak dah lama aku patahkan leher kau.”

 

40) Juha memberi kepada pembantu rumahnya sebuah balang supaya mengisi air di sungai, kemudian Juha menampar pembantu rumah itu dengan sangat kuat lalu berkata, “Jangan sampai kau pecahkan balang ni.” Juha ditanya oleh seseorang, “Kenapa kau tampar dia sebelum dia pecahkan balang tu?” “Aku nak tunjukkan bagaimana balasan kalau dia pecahkan dan supaya dia jaga betul-betul balang tu,” jawab Juha.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI