Posted 2013/11/12 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Tuhan Harun antara suspek kes bunuh pegawai JAIP selain gerakan Syiah Malaysia

tuhan harun ajaran sesat
tuhan harun ajaran sesat

Harun pernah ditahan pada April lalu kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat. Kronologi pengakapan beliau dan ahli disiarkan oleh Sinar Harian. 

Klik sini laporan New Straits Times mengenai sidang media KPN Polis mengenai mereka dan syiah malaysia hari ini yg disyaki terlibat kes bunuh Rafli Abd Malik Pegawai JAIP

Klik sini untuk lihat gambar suspek pembunuh Rafli Abd Malik JAIP yg diedar polis hari ini – MRM

PENGUAT kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan seorang lelaki Harun Mat Saat, 46 atau Tuhan Harun bersama 30 pengikutnya hasil serbuan ke atas sebuah premis di Lorong Pandan Damai, di Kuantan, kira-kira jam 6.30 petang 5 April lalu.

Susulan penahanan itu, Jaip menyerbu sebuah rumah kedai di jalan Bukit Ubi sebelum menemui dan merampas pelbagai bahan bercetak yang boleh dikaitkan dengan ajaran kumpulan terbabit.

Berdasarkan kandungan bahan bercetak itu, isi kandungannya jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan dipercayai untuk diedarkan kepada pengikut.

Harun menggelarkan dirinya Tuhan 2013, dipercayai menubuhkan sistem pengajian dikenali ‘Universiti Universal Overhead God’ dalam usaha menyebar fahaman songsang kepada pengikutnya.

Melalui sistem pengajian itu, pengikutnya akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Intake (baru), Doktorat dan Doktor World of God.

Berdasarkan bahan bercetak yang dirampas daripada kumpulan itu, Harun dipercayai cuba menerap fahaman kepada ahli bahawa dia adalah ‘Tuhan’ dan gerakan mereka dipercayai berselindung di sebalik beberapa persatuan termasuk Pertubuhan Kebajikan Addin Malaysia (Kluang) dan Pertubuhan Pembangunan Mualaf Malaysia (Skudai).

Penubuhan pertubuhan itu bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan kumpulan terbabit.

Kumpulan ini dipercayai mempunyai 312 ahli seluruh negara dan dikatakan mengamalkan ajaran sesat dengan melakukan ritual bermain muzik secara ‘live band’ setiap kali pertemuan pada waktu senja.

Harun bersama enam pengikutnya pernah diheret ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi menghadapi tuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan memiliki dokumen bercanggah dengan hukum syarak.

Harun berdepan 11 tuduhan termasuk menyemai ajaran itu melalui video dan bahan bercetak di sebuah premis di Lorong Pandan Damai 2/201 di sini, antara Februari hingga 4 April lalu.

Bagi kesalahan yang disebut dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu, Harun didakwa mengikut Seksyen 162(1) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan enam sebatan.

Sementara itu, dalam Mahkamah Rendah Syariah, Harun berdepan 10 tuduhan membabitkan kesalahan menghina agama Islam, memiliki, mencetak, menerbit dan mengedar dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan tersebut sebelum dibebaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan.

Manakala enam pengikut ajaran Tuhan Harun dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan memiliki dan menyimpan dokumen berkaitan ajaran songsang Tuhan 2013.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI