Posted 2013/11/23 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Isu Menyamakan Allah Seperti Makhluk Kera, Dr Asri Cabar Mufti Kedah

Dr Maza
Dr Maza

Hadis nabi akhir zaman para ilmuan akan hanya menambah minyak pada api.

Peliknya hanya jadi jaguh salafi wahabi syiah sunni dinegara sendiri.

Tatkala memakai ihram haji hilang pula hasutan iblis memecah belah antara mereka – Ana Ghoib kata damailah 2 pihak yg bertelagah…

Apa yang Dr Maza dah buat sampai ada sekumpulan manusia suka menyemai kebencian terhadap dia? Boleh pergi ke wall Dr Maza sendiri bila dia update status pro rakyat. Ada beberapa pihak akan menyelar Dr Maza sebagai wahabi dan sebagainya. Kesemua mereka yang anti Dr Maza dan suka tuduh dan fitnah Dr Maza ni apa motif diorang?

Apa pun Dr Maza berhak pertahankan diri dia. Sapa yang kena fitnah tahu la apa rasanya. Lebih2 lagi fitnah yang asyik di ulangi berkali-kali walaupun pelbagai penafian dah dibuat. Sumber tulisan Blog Nescafeais.

Bukan perkara baru orang asyik tuduh dan fitnah dia. Bahkah pernah ada orang tuduh dia bapak syaitan.

Baca:

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencabar mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

“Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu bersumpah laknat atas nama Allah.

“Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya.

“Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau,” tulisnya dalam artikel “menjawab fitnah mufti Kedah” dalam blognya hari ini.

Sambil menegaskan tuduhan secara dusta sebagai dosa besar, Dr Asri berkata akan bertemu dengan mufti Kedah di mahkamah Masyar dan menegaskan Allah juga mampu bertindak di dunia ini.

“Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah,” kata Dr Asri.

‘Tuduhan samakan Allah dengan kera’
Katanya, daripada rakaman yang diperolehnya, Sheikh Muhamad Baderudin bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi, namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama Dr Asri.

Antara dibangkitkan dalam video itu, tambah Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera.

“Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar.

“Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber,” jelas Dr Asri.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan-dakwaan yang dikemukakan Sheikh Muhamad Baderudin dan memohon ia dibuktikan.

“Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan wallahi, wabillah wa tallahi itu adalah fitnah beliau semata-mata,” katanya. – Mkini

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI