Posted 2013/11/24 by Ana Ghoib in Blogezine
 
 

BERITA SEDIH: ‘HERO’ KUCING BERKAKI DUA MATI

kucing hero
kucing hero

Walaupun tak pernah jumpa Hero.. Tapi kita  selalu ikuti perkembangan dia & kucing2 lain yang di selamatkan kakimotong kat FB & blog. Bagi yang tak kenal atau lupa siapa kucing bernama HERO ni.. korang boleh search kisahnya.. kucing yang di potong dua kaki depannya kerana mencuri ikan di sebuah restoran non muslim satu ketika dulu & di selamatkan seorang hamba Allah yang pada masa itu tidak berkemampuan untuk memberi rawatan di klinik cuma cuba mengubati HERO dengan minyak gamat & doa sahaja. Namun kuasa Allah HERO sembuh & hidup menjadi Icon pada kekejaman manusia terhadap haiwan. Surat khabar, majalah & stesen tv pun banyak membuat liputan pasal kisah HERO ni.

Namun setiap yang hidup pasti ada akhirnya.. baru2 ni bloggger sang lekit ada baca di status FB kakimotong yang mengatakan abam Iyo (panggilan manja HERO) yang terkena lukiemia & sedang di beri rawatan. Dan pagi ni tersentap bila admin kelab Kakimotong(owner HERO sendiri) memaklumkan.. Iyo dah pergi meninggalkan kita semua.

Hero tetap abadi dalam kenangan

Sedih.. Rasa macam kehilangan ahli keluarga sendiri sebab saya memang mengikuti perkembangan dia & kawan2 dia yang lain. Tak malu la ngaku memang nangis jugak la kan. Semoga Papa & Mama HERO tabah menghadapi ujian berat ini. Sesungguhnya kami semua merasai kehilangan HERO bersama PH & MH. Teruskan perjuangan murni anda menyelamatkan haiwan2 terbiar mahupun haiwan2 yang menanti di suntik mati oleh pihak DBKL. Biarpun tanpa HERO kami tetap menyokong perjuangan kakimotong. Takziah buat keluarga HERO. Sumber Lekatlekit

kakimotong

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Viator | Trader Avant Garder | Nom de Guerre | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI