Syukur dan tahniah kepada Linda Onn yang kini selamat bergelar isteri kepada keturunan darah diraja, Ungku Azhar semalam (jumaat 27 Disember 2013). Beberapa status dan sekeping Gambar Perkahwinan Linda Onn ada dikongsinya atas permintaan yang tinggi dari media dan peminat.

Berita pernikahan ini sememangnya tidak mendapat hebahan dan liputan dari pihak media di atas permintaan pihak keluarga diraja suami Linda Onn. Pasangan ini dikatakan mula berkenalan dan bercinta Ogos yang lalu.

Gambar Perkahwinan Linda Onn Dan Ungku Azhar juga dikatakan tidak akan dapat menjadi tatapan umum. Linda Onn berkata dia menghormati permintaan suaminya namun akan berkongsi sedikit gambar kebahagiaan mereka pada hari jumaat yang lalu.

Banyak lagi gambar akan di kemaskini. Pihak media dilarang menganbil gambar pada majlis ini. Kami akan kongsikan gambar disekitar majlis pernikahan Linda Onn sebaik sahaja gambar rasmi dimuatnaik dari pihak mereka. Tahniah kami ucapkan kepada Linda dan Suami. 

Sumber Ilustrasiku


Tolong Komen & Share