Posted 04/05/2013 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Live Ceramah Anwar Terbaru Terkini 2013 – Jelajah Merdeka Rakyat

anwar ibrahim jmr
anwar ibrahim jmr

LIVESTREAM

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan meneruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat ke Pulau Pinang.

Dalam siri jelajah itu beliau dijadualkan solat Jumaat di Masjid Sama Gagah, Bukit Mertajam.

Seterusnya, beliau akan hadir dalam program Sepetang Bersama Anwar Ibrahim bermula jam 5.30 petang di Markas Besar Pakatan Rakyat Permatang Pauh (Berhadapan Masjid Kubang Semang).

Pada jam 7 malam pula Anwar akan menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Masjid Mengkuang Semarak, Penanti.

Bagi meneruskan programnya, Ketua Pembangkang itu akan menyampaikan ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat di Akira Tenggiri, Seberang Jaya, (Tapak Bola Keranjang Tenggiri) jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Acara kemuncak pada malam itu Anwar akan menyampikan ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Sepuloh Kongsi, Batu Maung jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Osman, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man, Adun Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim dan Adun Pulau Jerejak, Sim Tse Tzin. KD

 

 

 

BERITA BERKAITAN
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang 12 Feb (Selasa)
Anwar sampaikan cek guru Kafa di Pulau Pinang 5 Mac
Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan 5 tahun PR di Pulau Pinang 8 & 9 Mac (Jumaat & Sabtu)
Ceramah Perdana Anwar di Pulau Pinang 22 April
Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan 28 Februari (Khamis)
Program sambutan Tahun Baru Cina Anwar di Pulau Pinang (4 Feb)
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kedah 24 Februari
Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor 1 Mac (Jumaat)
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perak 4 April
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melaka 7 Mac

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI