Posted 04/05/2013 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Ceramah Anwar Terbaru Terkini 2013

ceramah anwar
ceramah anwar

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan siri jelajah Pakatan Harapan Rakyat ke Perlis, Kedah 7 April ini.

Program pertama yang akan dihadiri beliau iaitu Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
jam 6 petang yang akan diadakan di Kampong Jeram, Tunjang, Kedah.

Seterusnya Anwar dijadualkan pula solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Masjid Pekan Tunjang, Kedah lebih kurang jam 7.20 malam.

Sebelah malamnya, beliau akan menyampaikan ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat dan pengumuman Calon KEADILAN Perlis di Jln Wai, Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN (MPN) Perlis, Mohd Faisol Abd Rahman, Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan ustaz Hashim Jassin.

Manakala ceramah yang akan dihadiri Ketua Pembangkang itu di Kedah pula akan diadakan di Padang Bandar Laguna Merbok, Kedah bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Barisan penceramah pada malam itu yang akan bergandingan dengan Anwar terdiri daripada Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution, Exco kerajaan Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah, Senator Saiful Izham, Naib Presiden KEADILAN, N Surendren dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.

 

BERITA BERKAITAN
Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah 31 Mac (Ahad)
Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Semenyih & Rembau 16 Mac (Sabtu)
Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kedah 15 Feb (Jumaat)
Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Titiwangsa 21 Mac (Khamis)
Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di P Pinang, Kedah 1 Feb (Jumaat)
Sambutan 3 Tahun Pakatan Rakyat Kedah
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melaka 7 Mac (Khamis)
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tanjung Malim, Rawang 22 Mac (Jumaat)
Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 2 bekas Jeneral di Terengganu 23 Februari (Sabtu)
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kedah 24 Februari

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI