Posted 2014/01/11 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Pesawat hilang: Juruterbang hubungi TUDM sebelum hubungan terputus

pesawat cessna Kelab Penerbangan Diraja Selangor
pesawat cessna Kelab Penerbangan Diraja Selangor

Pesawat Cessna Hilang Terhempas Batu Caves: Juruterbang pesawat Cessna 172 dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di ibunegara petang semalam, berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata juruterbang itu, yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful, telah menyatakan bahawa beliau berada di kawasan bukit bertentangan dengan Empangan Batu.

Kapten Saiful juga sempat memaklumkan bahawa beliau tidak dapat mengesan dua lagi rakannya yang bersama dengannya dalam penerbangan latihan itu sebelum panggilannya kepada TUDM terputus dipercayai berpunca daripada kehabisan bateri telefon, katanya kepada Bernama awal pagi ini.

Abdul Rahim berkata pihaknya difahamkan Kapten Saiful dan dua lagi, yang memulakan latihan penerbangan pada jam 4.50 petang, telah tidak dapat dihubungi melalui komunikasi radio oleh menara kawalan DCA pada pukul 5.15 petang semalam di kawasan sekitar Batu Caves dan Rawang.

“Pesawat itu sepatutnya pulang ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dalam masa dua jam. Sehingga kini pesawat tersebut tidak dapat dihubungi,” katanya.

Beliau berkata maklumat lengkap mengenai ketiga-tiga orang yang menjalani latihan penerbangan dari KPDS itu, masih belum diketahui.

Operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan sebaik mendapat maklumat petang tadi telah ditangguhkan pada 7 malam semalam dan akan dimulakan semula pada 7 pagi ini oleh pasukan TUDM, polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi Selangor Kardi Mohsin berkata pihak bomba hanya dimaklumkan oleh DCA mengenai
kejadian itu pada 11.15 malam tadi.

“Kami telah menghantar sepasukan anggota dan pegawai untuk meninjau di kawasan terbabit namun setakat 12 tengah malam ini kami tidak menemui apa-apa, katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyambung operasi mengesan pesawat terbabit hari ini

- Bernama

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI