Malaysian Review

Datuk Yusof Haslam restui hajat Syamsul kahwin Puteri Sarah

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Pengarah dan penerbit filem terkemuka, Datuk Yusof Haslam merestui hajat anaknya, Syamsul Yusof untuk memperisterikan pelakon, Puteri Sarah Liyana lapor Utusan Online.

Klik baca doa Syamsul Yusof di Mekkah hanya nampak Puteri Sarah lapor Sinar Harian.

Menurut Yusof, keluarganya telah pun bertemu dengan keluarga Puteri Sarah untuk menunaikan hasrat Syamsul dalam satu majlis merisik yang dilakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara semalam.

“Perbincangan telah dilakukan dan kedua-dua pihak memutuskan untuk mengadakan majlis pernikahan sekitar Februari atau Mac ini. Cuma tarikhnya belum ditentukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Syamsul dan Sarah sebelum ini pernah dikaitkan dengan kisah percintaan, namun kedua-duanya memilih untuk menafikan dakwaan tersebut.

Hasrat Syamsul untuk berkahwin dengan Sarah dimaklumkan kepada ibu dan ayahnya selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada 28 Disember lalu.

Pada majlis merisik yang diadakan secara ringkas itu, isteri Yusof, Datin Patimah Ismail telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah.

admin
Author: admin