Posted 01/15/2014 by Ana Ghoib in Berita Dunia
 
 

Pukul anak tak solat: Nasib pasangan Malaysia ditahan di Sweden ditentukan esok

malaysian mother
malaysian mother

Foto kredit Dailymail UK capture dari footage video kes pukul anak di PJ pada 2011 yg dipenjara 18 bulan. – MRM

Kuala Lumpur: Nasib sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak pertengahan Disember lalu, kerana memukul seorang anak mereka yang enggan bersolat akan ditentukan esok lapor Berita Harian.

Selepas genap sebulan ditahan, pihak mahkamah akan menentukan sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan atau meneruskan dengan pendakwaan sekiranya polis sudah melengkapkan siasatan dan mempunyai bukti kukuh pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, pasangan itu juga berpeluang untuk dibebaskan sekiranya pihak polis tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa mereka.

Ambil cuti tanpa gaji

Difahamkan, lelaki terbabit adalah seorang kakitangan di pejabat Tourism Malaysia di Stockholm manakala isterinya adalah seorang guru di negara ini namun mengambil cuti tanpa gaji bagi menemani suami bertugas di negara itu sejak tiga tahun lalu.

Pasangan berkenaan turut membawa empat anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun ke negara itu.

Kedua-duanya yang berusia awal 40an kini direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan sepasukan polis di kediaman mereka di daerah itu pada 14 Disember.

Petikan isu kes dari Astro Awani English:

UNICEF defines children’s rights as “human rights for every child and adolescent up to the age of 18, regardless of where they are born, their race or ethnicity, whether they are a boy or girl, rich or poor, able or disabled, HIV-negative or HIV-positive.”

In Sweden The Convention on the Rights of the Child was ratified by Sweden following a decision by the Riksdag in 1990. This goes in line with Sweden’s infamous anti spanking laws introduced in 1979 which clarified the country’s stance on physical punishment and child abuse.

The law states that “a child may not be subjected to physical punishment or other injurious or humiliating treatment.” 35 years later, public attitudes have changed – creating a whole new generation of Swedish citizens who have never been hit.

Since then, other countries in Europe have also instituted the bans, as have New Zealand and some countries in Africa and Americas.

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI