Sumber artikel gambar Keadilan daily – MRM

Kira-kira 45 minit adegan [email protected] dalam filem ‘The Wolf Of Wall Street’ terbitan Riza Aziz, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dipadamkan kerajaan Dubai, lapor portal Britain, Daily Mail.

Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai ‘f-bomb’.

Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan negara selain adegan keterlaluan.

Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya menjengkelkan dan ‘tidak boleh ditonton’.

Filem ‘The Wolf Of Wall Street’ lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)

Ketika hangat diperkatakan media barat, ‘The Wolf Of Wall Street’ menjadi lebih panas di Malaysia apabila spekulasi mengatakan filem terbitan Riza Aziz itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York. KD

A trailer released last month for the movie showed Leonardo's character grovelling on the ground as Margot's character digs her high heels into his face. Scorsese agreed to trim some nudity and sex scenes in the movie to get an R rating instead of the NC-17 that would have restricted the movie to only adult audiences, according to a report on Wednesday by The Hollywood Reporter. The film was headed toward the NC-17 rating due to several explicit sex scenes and depiction of drug use. Read more: http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2514840/Leonardo-DiCaprio-parties-The-Wolf-Of-Wall-Street-photos.html#ixzz2qbYlsyz0  Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook

A trailer released last month for the movie showed Leonardo’s character grovelling on the ground as Margot’s character digs her high heels into his face.
Scorsese agreed to trim some nudity and sex scenes in the movie to get an R rating instead of the NC-17 that would have restricted the movie to only adult audiences, according to a report on Wednesday by The Hollywood Reporter.
The film was headed toward the NC-17 rating due to several explicit sex scenes and depiction of drug use.
Pic credit Dailymail UK

 

Tolong Komen & Share