Posted 2014/01/24 by Ana Ghoib in Berita Semasa
 
 

Punca Malaysia Dilanda Suhu Sejuk, Semak Cuaca Hari Ini Online

cuaca di malaysia hari ini
cuaca di malaysia hari ini

PETALING JAYA: Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini akan diraikan dalam cuaca sejuk, tempias dari negara di hemisfera utara yang dibawa tiupan Monsun Timur Laut yang akan berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan di pantai timur, utara dan wilayah tengah sedang mengalami cuaca sejuk kerana tiupan angin tersebut.

Katanya, beberapa kawasan seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Baru, Kuantan dan Petaling Jaya merekodkan suhu serendah 25 darjah Celsius, menyamai cuaca sejuk di Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Pada Khamis, Kuala Krai merekodkan bacaan suhu serendah 17.2 darjah Celsius. Klik baca hingga penduduk terpaksa berbaju sejuk –  MRM

Bermula 1 hingga 2 Januari lalu, bacaan suhu terendah direkodkan adalah 21 darjah Celsius di Kuantan, 22.1 darjah Celsius di Kota Kinabalu, 23.6 darjah Celsius di Petaling Jaya, 23 darjah Celsius di Kota Baru dan 22 darjah Celsius di Kuching.

Alor Setar dan Chuping di Perlis masing-masing merekodkan suhu dingin serendah 22.4 darjah Celsius dan 23.3 darjah Celsius.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari menafikan dakwaan bahawa perubahan cuaca sejuk itu disebabkan kurangnya aktiviti di matahari atau dikenali sebagai fenomena ‘sleeping sun’.

“Berdasarkan rekod, Januari merupakan bulan paling dingin,” katanya.

Menurut Alui, penurunan suhu itu adalah disebabkan tempias cuaca sejuk melampau di negara hemisfera utara yang dibawa angin Monsun Timur Laut dan ia bukan kali pertama kejadian ini berlaku.

“Suhu akan turun dan naik dari semasa ke semasa. Bacaan terendah adalah kejadian biasa dan banyak kali berlaku ketika musim ini.

“Angin monsun yang bertiup laju itu membawa kedinginan dari China, yang sedang dilanda musim sejuk pada ketika ini.

“Malah, cuaca baik dan kekurangan kepulan awan di Malaysia pada minggu ini membantu penurunan suhu pada sebelah pagi dan malam,” katanya.

Klik button untuk semak cuaca di Malaysia hari ini atau klik sini download APP Android ‘CUACA LANGSUNG’ di google play store.

SEMAK CUACA HARI INI MALAYSIA – JMM

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI