Posted 2014/01/27 by Ana Ghoib in Berita Jenayah
 
 

Anak mengaku tidak bersalah beraksi lucah dan cederakan ibu kandung

aksi lucah depan ibu sendiri
aksi lucah depan ibu sendiri

Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab. Manan, (kanan) yang menghadapi pertuduhan mencederakan ibu kandung dan beraksi lucah dibawa ke Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam. – Utusan/JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU 26 Jan. – Seorang remaja lelaki menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan dan beraksi lucah di hadapan ibu kandung sendiri, Disember lalu.

Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab. Manan, 19, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad selain didakwa atas satu lagi pertuduhan baharu kerana gagal mengemukakan kad pengenalan semasa diminta pihak polis lapor Utusan Online.

Semasa dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember lalu, tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dilakukan terhadap ibunya yang merupakan seorang guru berusia 54 tahun.

Pada sebutan kes lalu, mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM5,000 namun dia tidak membayar jamin tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, remaja terbabit didakwa menyebabkan kecederaan ke atas ibu sendiri dengan menggunakan sebatang kayu penyapu bersalut plastik berwarna merah berukuran 57 sentimeter kira-kira pada pukul 6.30 petang, 21 Disember lalu di rumah mereka di Lundang, di sini.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendawa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mahu mengaibkan kehormatan ibunya dengan kata-kata sambil menunjukkan aksi lucah di lokasi sama pada pukul 8 malam, 20 Disember lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan baharu yang dihadapi hari ini, tertuduh didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan kepada pegawai polis di tepi rumahnya pada pukul 8 malam, 21 Disember lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah bagi pertuduhan baharu tetapi dia tidak membayar jaminan tersebut.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 18 Februari ini.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Viator | Trader Avant Garder | Nom de Guerre | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI