Posted 2013/04/06 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ main muzik rock waktu maghrib

tuhan harun atau ustaz harun
tuhan harun atau ustaz harun

KUANTAN: Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’.

Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

Kegiatan pengikut dan ketua ajaran sesat itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyerbu studio menjadi pusat pertemuan mereka di Lorong Pandan Damai, di sini, jam 6.50 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, 31 individu termasuk enam wanita berusia antara 12 dan 49 tahun ditahan termasuk ketua mereka, Tuhan Harun atau dikenali juga sebagai Ustaz Harun.

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta pada 2011.

 

 

 

 

 

 

 

- Mohd Fauzi Abdullah & Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz / Harian Metro

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Viator | Trader Avant Garder | Nom de Guerre | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI