Posted 01/31/2014 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Bapa kelar anak hingga mati direman sehingga Khamis

bapa bunuh anak sendiri
bapa bunuh anak sendiri

Gambar mayat anak perempuan mangsa berusia 7 tahun yg terbunuh akibat dikelar bapanya – Foto kredit Sinar Online / Al Fatihah MRM

BANGI – Bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun hingga mati dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam, ditahan reman seminggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi Bernama berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

“Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil,” katanya.

Klik sini lihat gambar bapa kelar bunuh anak sendiri di tempat kejadian – MRM

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, suspek bapa yang menganggur sejak dua tahun lepas mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Susulan kejadian itu, polis menemui lelaki itu dalam keadaan murung, basah dan cedera di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang. – Bernama

PENAFIAN & PERINGATAN: Malaysian Review hanya sebuah ‘News Aggregation Sites’ yang berkecuali* Kami tidak bertanggungjawab terhadap artikel, komentar berita & laman sosial.

MRM – KLIK SINI * Malaysian Review Blogezine * MESTI BACA LANJUT.

Terimakasih atas ihsan pembekal bahan & kredit kembali ke weblog asal.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI