Posted 2014/02/03 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Teresa Kok Nafi Hina Isteri PM, Video ‘Onederful Malaysia’

teresa kok video
teresa kok video

‘Onederful Malaysia’: Umno bangkrap modal politik, dakwa Teresa Kok – TM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh,Teresa Kok berkata kenyataan menteri Umno serta konco mereka yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia” menunjukkan kebankrapan modal politik Umno lapor The Malaysian Insider

“Sekiranya saya diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi saya akan jadi penerbit klip video satira politik yang pertama dikenakan tindakan. Ini penindasan politik dan pendakwaan secara terpilih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelbagai pihak membuat kenyataan mengenainya termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan NGO pro-Umno yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina itu.

Klik sini untuk menonton video kontroversi Teresa Kok – MRM

Dalam video yang dimuat naik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memegang watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel, tiga pakar mengenai feng shui dan apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.

Tiga watak pakar itu ialah – Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, serta Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.

Nasihat pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .teresa kok

Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.

Walaupun tidak secara langsung, penonton video ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah Mansor membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh anaknya, Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta.

“Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humor politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara,” kata Kok dalam kenyataannya hari ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu berkata, video itu tidak menyebut tentang insiden Lahad Datu sebaliknya soal keselamatan di Sabah.

“Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah tanpa menyentuh peristiwa Lahad Datu, malah tiada apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam kejadian Lahad Datu,” katanya.

Katanya, kejadian pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah tahun lalu memang dirujuk dalam klip video tersebut kerana ia adalah kejadian benar yang diketahui seluruh dunia.

“Tuduhan Shafie terhadap saya menunjukkan beliau ingin memainkan isu perkauman dengan membangkitkan kemarahan tentera terhadap saya,” katanya.

Selain itu, katanya, ini juga menunjukkan bahawa Shafie tidak peduli masalah keselamatan yang dibimbangi oleh rakyat Sabah dan pelancong dari seluruh dunia.

Kok berkata, respons beliau adalah amat tidak bertanggungjawab bagi seorang menteri persekutuan yang berasal dari Sabah.

“Tuduhan bahawa saya memalukan perdana menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya.

“Bagaimana orang-orang yang menuduh saya boleh menimbulkan dakwaan tidak berasas ini? Apa yang sebenarnya mereka khayalkan dalam minda mereka,” katanya.

Beliau juga memaklumkan klip video itu tidak menyentuh isu kaum atau merendahkan martabat Melayu.

Baca lanjut di The Malaysian Insider

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Viator | Trader Avant Garder | Nom de Guerre | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI