Posted 2014/02/06 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Bila Lim Guan Eng Akan Masuk Islam?

lim guan eng islam
lim guan eng islam

PENAFIAN & PERINGATAN: Malaysian Review hanya sebuah ‘News Aggregation Sites’ yang berkecuali* tidak menyokong MANA MANA parti politik tapi percaya pada demokrasi berhemah serta keharmonian kaum & agama.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap artikel, komentar berita & laman sosial.

Segala risiko akibat berita, komen yang disiarkan tanggungjawab pihak berkenaan.
MRM – KLIK SINI * Malaysian Review Blogezine * MESTI BACA LANJUT.

Terimakasih atas ihsan pembekal bahan & kredit kembali ke weblog asal.

Gambar Lim Guan Eng Dan Chua Soi Lek kredit Raja Mohd Shahrim Facebook – MRM

Bapa meninggal saya masuk Islam – Lim Guan Eng
Oleh: NEWRULE

Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng baru-baru ini mengemparkan hadirin dengan ucapan beliau ketika turun berceramah dan bertemu rakyat bahawa beliau ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz.

Ramai yang tertanya, adakah Guan Eng kenal siapa dia Umar sebernarnya? Adakah dia main sebut sahaja?

Hadirin yang mengikut ceramah tersebut bagaimanapun tidak berganjak kerana mahukan kepastian dan motif utama ucapan Guan Eng. Sepanjang ucapannya Guan Eng hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abdul Aziz.

Kata Guan Eng, Umar tidak ambil sesen pun duit rakyat, Umar memulangkan kembali wang peruntukan kerajaan yang diberi kepadanya, Umar juga memadamkan lampu kerajaan apabila menerima kehadiran anak beliau yang bertujuan urusan peribadi dikediaman beliau dan bermacam lagi yang diperkatan oleh Guan Eng mengenai Umar Abdul Aziz.

Dalam ucapannya Guan Eng menyanjung tinggi Umar Abdul Aziz yang menjadi idolanya. Guan Eng juga berazam akan mengotakan janji beliau kepada rakyat, seperti yang dilakukan oleh Umar Abdul Aziz.

Dalam sesi soal jawab pula, ada hadirin yang bertanya, bagaimana Guan Eng mengetahui kisah Umar Abdul Aziz ini kerana ada di antara orang Islam yang tidak mengenali Umar Abdul Aziz. Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ketika beliau dipenjarakan dahulu, Dato’Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) antara orang yang kerap mengunjungi beliau dan Dato Fadhil Noor orang yang kerap membekalkan buku-buku berkaitan dengan Islam, ini termasuklah buku mengenai kisah Umar Abdul Aziz. Dari buku tersebutlah Guan Eng mengenali tokoh Islam tersebut.

Dalam pertemuan yang lain pula, sebagai seorang Ketua Menteri, sudah tentu Guan Eng diberi kediaman rasmi, tetapi beliau tidak mendiami rumah rasmi tersebut, dan beliau masih menumpang di rumah bapanya, Lim Kit Siang.

Apabila ditanya Mat Sabu, mengapa Guan Eng tidak menerima kediaman rasmi Ketua Menteri tersebut, Guan Eng berkata, untuk tinggal di rumah tersebut, ia perlu di ubahsuai, dan kos pengubahsuaian itu menelan belanja RM 300,000.00. Guan Eng berkata beliau tidak sanggup membazirkan duit rakyat untuk mengubahsuai kediaman Ketuan Menteri tersebut.

Mat Sabu turut memesan kepada Guan Eng, bahawa Guan Eng boleh menjadi seperti Umar Abdul Aziz, tetapi Guan Eng bukan beragama Islam seperti Umar Abdul Aziz dan “bagaimana awak (Guan Eng) mahu mengatasi kekurangan ini”?

Jawapan yang di beri Guan Eng, “ Tunggu ayah saya meninggal dulu”..

Apakah kenyataan ini ikhlas dari hati Guan Eng? Jika ia benar-benar ikhlas, ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada Karpal Singh dan juga bapanya Lim Kit Siang.

Jika niat Guan Eng itu benar, kita sama-samalah doakan agar hajatnya itu dimakbulkan Allah S.W.T

Adakah tindakan Guan Eng bakal dipersetujui oleh pengikut beliau yang bukan beragama Islam?

Sumber

Ana Ghoib Aku Asing...

Ana Ghoib Aku Asing…

Zaman Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M)

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar bin Al-Khattab. Beliau amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Sumbangan beliau:

1. Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal.

2. Beliau turut memecat pegawai dan kakitangan kerajaan yang zalim & tidak mengikuti Al-Quran serta Hadis seperti Usman Bin Zaid al-Taikhi (Gabenor Mesir), Yazid Bin Abu Muslim (Gabenor Afrika Utara), Saleh Bin Abdul rahman (Gabenor Iraq) & al-Harith Bin Abdul Rahman (Gabenor Sepanyol).

3. Menghapuskan amalan rasuah di jabatan kerajaan dan penggunaan wang negara sewenang-wenangnya.

4. Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

5. Beliau amat mengambil-berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan. Tujuannya untuk menghapuskan jurang perbezaan hidup antara rakyat dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti mencuri dan bertentangan dengan konsep pemerintahan Islam.

6. Beliau juga amat menitik-beratkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Beliau turut mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah S.A.W.

7. Beliau telah membentuk pelbagai jabatan bagi melicinkan pentadbiran seperti Jabatan Ketua Setiausaha Kerajaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Cukai, Jabatan Hasil Dalam Negeri & Jabatan Pertahanan.

8. Rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.

9. Pembaharuan ini telah menyebabkan tidak terdapat seorang pun orang islam yang msikin dan hidup melarat. Pada zaman beliau memerintah, rakyat hidup mewah dan makmur sehingga menyukarkan golongan yang hendak mengeluarkan zakat kerana tidak ada orang Islam yang layak merima zakat.

10. Semua kemudahan kerajaan tidak boleh dipergunakan untuk kegunaan peribadi atau keluarga, kecuali untuk rakyat.

KESIMPULANNYA:

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini. Hanya dalam masa 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman. satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas!

Sumber FB RMS

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI