Posted 02/07/2014 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Keputusan Pemenang Anugerah Meletop Era – Ramalan

anugerah meletop
anugerah meletop

Anugerah Meletop Era 2013 – 2014 Foto kredit Astro Meletop

KUALA LUMPUR: Keputusan pilihan berikut hanya ramalan yg ditulis dan disusun oleh blogger hiburan Abang Nara dari blog beliau Beautifulnara.  Harap semuanya menjadi dan seperti dijangka dan malam acara berlangsung dengan sempurna – MRM

Pastinya kesemua calon Top 5 bagi 14 kategori sedang berdebar-debar dan sibuk memancing undi daripada peminat masing-masing.  Tak sabar rasanya nak menunggu kedatangan  8 Februari untuk menyaksikan AME secara live di   Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak.

meletop

Bertemakan Yang Hit, Yang MeleTOP”,  Anugerah MeleTOP Era akan  dikemudikan oleh Dato’ AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa. Gandingan yang amat menarik. Pasti akan membuatkan para penonton ketawa tidak berhenti-henti. Apa pun, fasa kedua undian untuk menentukan pemenang setiap kategori telah pun dibuka. Orang ramai boleh mengundi calon-calon kegemaran mereka dan menghantar undian melalui 3 cara iaitu:-

1. Cara-cara mengundi melalui empat buah laman web rasmi

  • www.meletop.com.mywww.facebook.com/mymeletopwww.era.fm atau fb.era.fm
  • Orang ramai hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang masuk Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
  • Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
  • Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

2. Cara-cara mengundi melalui kiriman SMS

  • Undian melalui SMS yang boleh dilakukan untuk semua pengguna Telco
  • SMS AME <jarak> <Kod Mengundi> Hantar ke 32777. Contoh: AME<jarak>A1 dan hantar ke  32777
  • Untuk undian pukal: Taip AME<3/5/10/20><jarak<Kod Mengundi> Hantar ke 32777. Contoh:  AME20<jarak>A1 dan hantar ke 32777
  • Setiap SMS dikenakan caj sebanyak RM0.50 setiap undian
  • Tidak ada had yang ditetapkan untuk undian secara SMS

3. Cara-cara mengundi melalui Aplikasi WeChat

  • Orang ramai hendaklah memuat turun aplikasi WeChat
  • Selepas muat turun, klik “Social” dan klik “Add by ID”
  •  Cari “AstroGempak” dan “Follow” akaun rasmi Astro Gempak untuk mengundi
  •  Setiap pengguna WeChat dibernarkan untuk mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Inilah 14 kategori yang dipertandingan di dalam Anugerah MeleTOP Era kali ini. Menarik-menarik kan kategorinya? Seperti biasa kalau dah ada anugerah, Abang Nara akan membuat ramalan untuk setiap kategori. Kali ini agak sukar untuk membuat tekaan kerana kesemua calon yang tersenarai memang hebat-hebat belaka. Apa pun, yang di“bold”kan itu adalah jangkaan pemenang.

Lagu MeleTOP

  1. Bahagiamu Deritaku – Hafiz
  2. Galau – Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Infiniti Cinta – Zizan feat Kaka
  4. Kita – Forteen
  5. Muara Hati – Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza 

Penyanyi MeleTOP

  1. Akim
  2. Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Hafiz
  4. Najwa Latif
  5. Stacy

Grup/Duo MeleTOP

  1. Dato’ AC Mizal & Mawi
  2. Forteen
  3. Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza
  4. Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul
  5. Zizan feat Kaka 

Program Radio MeleTOP

  1. Carta ERA 40
  2. Carta Fulamak SINAR
  3. Carta MeleTOP 40 ERA
  4. JoHaRa Pagi ERA
  5. SINAR Pagi

Penyampai Baru Radio MeleTOP 

  1. Aril – ERA fm
  2. Feeya Iskandar – SINAR fm
  3. Nabil – ERA fm
  4. Shasha Al Khred – ERA fm
  5. Zahid – ERA fm

Filem MeleTOP

  1. Highland Tower
  2. KL Gangster 2
  3. KL Zombie
  4. Lawak Ke Der?
  5. Sepah The Movie

 Bintang Filem MeleTOP

  1. Aaron Aziz – KL Gangster 2
  2. Jep Sepahtu – Sepah The Movie
  3. Siti Saleha – KL Zombie
  4. Yana Samsudin – Minyak Dagu
  5. Zizan Razak – KL Zombie

Program TV MeleTOP 

  1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
  2. Love You Mr Arrogant
  3. Maharaja Lawak Mega 2012
  4. MasterChef Selebriti Malaysia 2013
  5. Super Spontan 2013

Bintang TV MeleTOP

  1. Azlee Khairi – Love You Mr Arrogant
  2. Jep Sepahtu – Super Spontan 2013
  3. Johan – Maharaja Lawak Mega 2012
  4. Zara Zya – Love You Mr Arrogant
  5. Zizan Razak – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Bintang Siber MeleTOP

  1. Aaron Aziz
  2. Dato Siti Nurhaliza
  3. Emma Maembong
  4. Najwa Latif
  5. Zizan Razak

Couple MeleTOP

  1. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
  2. Diana Amir & Habib
  3. Fizo Omar & Mawar
  4. Izzue Islam & Awin Nurin
  5. Nabil Ahmad dan Nazirah

Artis Baru MeleTOP 

  1. Azhael AF 2013
  2. Faizul AF 2013
  3. Risteena Munim
  4. Syafiq Kyle
  5. Zara Zya

Fesyen MeleTOP 

  1. Elfira Loy
  2. Nora Danish
  3. Nur Fazura
  4. Shila Amzah
  5. Zizan Razak

 Artis Serantau MeleTOP 

  1. Afgan
  2. Randy Pangalila
  3. Sleeq
  4. SM*SH
  5. Tegar

Amcam tekaan Abang Nara? Rasa-rasa tepat ke tidak? Hanya undian daripada para peminat (andalah siapa lagi) yang bakal menentukan para pemenang. Tak sabar rasanya nak tunggu 8 Februari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah MeleTOP Era ini, jangan lupa layari www.meletop.com.my,Facebook Meletopwww.era.fm dan Facebook Era FM.

Sumber Beautifulnara

PENAFIAN & PERINGATAN: Malaysian Review hanya sebuah ‘News Aggregation Sites’ yang berkecuali* Kami tidak bertanggungjawab terhadap artikel, komentar berita & laman sosial.

MRM – KLIK SINI * Malaysian Review Blogezine * MESTI BACA LANJUT.

Terimakasih atas ihsan pembekal bahan & kredit kembali ke weblog asal.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI