Posted 2014/02/18 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Dr Asri: Mesej Kepada Kassim Ahmad Anti Hadis

maza minda tajdid
maza minda tajdid

PENAFIAN & PERINGATAN: Malaysian Review hanya sebuah ‘News Aggregation Sites’ yang berkecuali* tidak menyokong MANA MANA parti politik tapi percaya pada demokrasi berhemah serta keharmonian kaum & agama.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap artikel, komentar berita & laman sosial.

MRM – KLIK SINI * Malaysian Review Blogezine * MESTI BACA LANJUT.

Terimakasih atas ihsan pembekal bahan & kredit kembali ke weblog asal.

Sumber FB Dr Asri Zainul Abidin – MRM Ianya pasti mesej keras kepada Dr Kassim Ahmad yg baru baru ini mengecam golongan ulama sebagai kasta paderi dan syahadah kedua mengakui nabi Muhammad sebagai salah klik baca di sini polemik golongan anti hadis ini. Hari yang payah….

WAHAI ANTI-HADIS YANG SESAT

Hadis Nabi s.a.w adalah sumber ajaran Islam. Dalam ertikata lain ia menjadi rujukan dalam memutuskan perkara-perkara yang dikaitkan dengan Islam. Menolak hadis Nabi s.a.w bererti menolak penegasan al-Quran:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
(maksudnya): Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam apa-apa perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah al-Nisa’: 65)

Banyak lagi ayat yang menegaskan rasul sebagai sumber rujukan.

Tidak dinafikan terdapat hadis yang tidak sahih iaitu perkataan ataupun perbuatan ataupun pengakuan ataupun sifat yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara tidak sahih. Namun untuk memutuskan hal itu hendaklah atas penghujahan ilmiah seperti yang digariskan oleh para sarjana hadis dalam klasifikasi hadis. Ia bukan dibuat secara semberono, nafsu yang dangkal dan tidak ilmiah. Menolak hadis yang tidak sahih memang sewajarnya, namun menolak yang sahih tanpa asas ilmiah adalah satu kesesatan.

Menolak hadis yang sahih sebagai sumber hukum Islam jika dilakukan dalam keadaan waras dan sedar membawa individu berkenaan terkeluar dari Islam. Inilah yang disebut oleh as-Sayuti r.h (w 911H): “Ketahuilah –semoga Allah merahmati kamu- bahawa sesiapa yang membantah bahawa hadis Nabi s.a.w , -samada perkataan atau perbuatan baginda dengan syarat-syaratnya yang diketahui dalam ilmu Usul (iaitu yang digariskan dalam Ulum al-Hadith dan Usul al-Fiqh) sebagai hujah maka dia menjadi kafir. Dia terkeluar dari daerah Islam dan dihimpunkan bersama Yahudi dan Kristian, atau bersama sesiapa yang Allah mahu daripada puak-puak kafir” (Al-Sayuti Miftah al-Jannah fi Ihtijaj bi al-Sunnah, m.s 140. Mesir: Dar as-Salam)

Mereka yang bersekongkol dengan menzahirkan sokongan ataupun tidak membantah padahal dia perlu membantah dan boleh membantah, maka dia boleh jatuh ke dalam golongan yang sama-sama sesat. Allah dalam al-Quran menyebut kepada Yahudi di zaman Nabi s.a.w dan selepasnya tentang pembunuhan dan pendustaan terhadap para rasul: (maksudnya) “Sebahagian para rasul itu kamu dustakan dan sebahagian pula kamu bunuh” (Surah al-Baqarah: 87).
Walaupun pembunuhan dan pendustaan itu berlaku pada masa yang lampau oleh datuk nenek mereka, namun Allah menyandarkan juga dosa itu kepada mereka dengan menyebut ‘kamu’ disebabkan mereka bersetuju ataupun tidak merasa itu satu kesalahan!!

Kita sedia untuk berdialog dengan golongan anti-hadis ini.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI