Posted 2014/03/07 by Ana Ghoib in Hiburan
 
 

Syamsyul Yusof Dan Puteri Sarah Ubah Fikiran

gambar nikah syamsul yusof puteri sarah
gambar nikah syamsul yusof puteri sarah

PENAFIAN & PERINGATAN: Malaysian Review hanya sebuah ‘News Aggregation Sites’ yang berkecuali* tidak menyokong MANA MANA parti politik tapi percaya pada demokrasi berhemah serta keharmonian kaum & agama.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap artikel, komentar berita & laman sosial.

MRM – KLIK SINI * Malaysian Review Blogezine * MESTI BACA LANJUT.

Terimakasih atas ihsan pembekal bahan & kredit kembali ke weblog asal.

Sumber gambar majlis pernikahan, perkahwinan, persandingan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana oleh Kosmo Online – MRM updated

SYAMSUL dan Puteri Sarah bakal bersanding di Dewan N’Dah Catering, Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu ini selepas mereka diijabkabulkan.

KUALA LUMPUR – Enggan mengganggu pesakit lain di hospital, pelakon dan pengarah terkenal negara, Syamsul Yusof, 30, mengubah fikiran untuk bernikah dengan pasangannya, Puteri Sarah Liyana, 29, di sebuah masjid di Damansara, Petaling Jaya.

gambar majlis perkahwinan syamsul yusof-puteri sarah

Perkara ini disahkan oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail yang memaklumkan yang anak kesayangannya itu telah menimbangkan semula keputusannya sebelum ini yang nekad untuk diijabkabulkan di hospital jika kesihatannya masih tidak pulih.

“Syamsul mengambil kira banyak faktor (lokasi nikah). Dia tak mahu pesakit lain terganggu kalau majlisnya di buat di sini (hospital), jadi dia putuskan untuk bernikah di lokasi asal yang dipilih iaitu di sebuah masjid di Damansara.

“Tambahan, segalanya sudah didaftarkan dan perubahan tempat tidak digalakkan,” katanya di sini semalam.

Laporan Utusan:

Keadaan kesihatan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 30, semakin teruk apabila mengalami tekanan darah yang rendah.

Pengarah filem KL Gangster itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 2 Mac lalu kerana menghidap demam denggi.

Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, 60, anaknya itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami demam yang berpanjangan.

“Sekarang ini keadaan Syamsul lebih teruk berbanding hari pertama dia dimasukkan ke hospital. Tambahan pula tekanan darahnya rendah.

“Doktor kata dia memerlukan tempoh kira-kira tujuh hari lagi untuk rawatan. Apa pun, dia tetap akan bernikah dengan Puteri Sarah mengikut apa yang telah dirancang keluarga,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini.

Kata Yusuf, jika kesihatan Syamsul masih tidak berubah, dengan izin doktor anaknya akan dibawa keluar dari hospital untuk majlis pernikahannya kelak.

“Dengan kebenaran doktor kami akan bawa dia ke majlis pernikahan dan selepas segala acara selesai, Syamsul akan dimasukkan ke wad semula,” jelas Yusuf.

 

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI