Posted 2014/03/07 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Tasik Taiping Kering Kerana Kemarau, Kemana Larinya Ikan Disini?

taman tasik taiping kering
taman tasik taiping kering

Gambar taman tasik Taiping yg kering oleh Sinar Harian. Bayangkan kawasan yg dikenali sebagai paling lembab dan mendapat peratusan hujan tertinggi di Msia juga kering begini apakah akan terjadi jika hujan tidak turun sebulan lagi? – MRM gambar kredit Sinar Harian dan Gebang Photo Pages. Misteri kemana ikan ikan kecil ini pergi tolong komen…

taman tasik taiping

TAIPING – Kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah tertua di Malaysia, Taman Tasik Taiping yang menjadi destinasi pilihan pelancong berkunjung ke bandar ini didakwa semakin hilang daya tarikan apabila air tasiknya mulai mengering.

Pengunjung, terutama mereka yang sering datang beriadah di taman rekreasi yang berkeluasan 62 hektar ini didakwa mulai berkurang berikutan air tasik berkenaan semakin surut.

Pengunjung, Jeffery Atan, 71, berkata, dia yang sering menjadikan kawasan rekreasi itu lokasi beriadah bersama rakan-rakan mulai sedar air di Taman Tasik Taiping semakin surut dan ada sebahagiannya mula kering sejak sebulan dua lalu.

Menurutnya, keadaan itu berkemungkinan disebabkan Taiping kurang menerima hujan disebabkan cuaca kemarau sejak dua bulan lalu.

Dalam pada itu, dakwanya, masalah itu juga sebenarnya disebabkan pelaksanaan beberapa projek di kawasan berhampiran.

tasik taiping kering 1

IPOH – Keadaan Tasik Taiping kering dan airnya surut adalah fenomena biasa berikutan cuaca panas yang melanda seluruh negara.

Exco Kerajaan Negeri, Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, orang ramai khususnya penduduk di sekitar Taiping tidak perlu bimbang dengan keadaan itu memandangkan air di tasik berkenaan bukan sumber tadahan air untuk kegunaan domestik.

Menurutnya, tasik berkenaan hanya digunakan untuk tujuan rekreasi dan air surut hanya mencacatkan sedikit pemandangan di situ.

“Tasik itu kering disebabkan proses penyejatan kerana cuaca panas selain permukaan tasik yang luas.

“Kuantiti air di beberapa sungai yang menyalurkan air ke tasik berkenaan juga menyusut, sekali gus menyumbang kepada berlakunya keadaan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Amin berkata demikian bagi mengulas keadaan Tasik Taiping yang mula mengering berikutan cuaca panas sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, penduduk dan pengunjung Taman Tasik Taiping meluahkan kebimbangan terhadap fenomena itu. Sinar Harian

Info lanjut Taiping Lake Gardens klik sini Wikipedia – MRM

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI