Posted 2013/04/08 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum Ke 13 – SPR

gambar pilihanraya
gambar pilihanraya

tarikh mengundi 2013

SHAH ALAM – Dua faktor utama yang menjadi perkiraan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menetapkan tarikh pilihan raya ialah tidak mengganggu hari persekolahan dan tidak terlalu lama selepas notis pilihan raya dikeluarkan.

Hal ini kerana, menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, kebanyakan pusat pembuangan undi menggunakan sekolah-sekolah dan guru-guru turut membantu melancarkan proses pengundian.

“Yang pentingnya kita tidak mahu meletakkan negara dalam keadaan yang tertekan, yang tertunggu-tunggu, polis bekerja siang dan malam kerana hendak menunggu hari mengundi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mengikut undang-undang, SPR harus memberikan tempoh sekurang-kurangnya empat hari selepas notis pilihan raya diwarta dan ditampal di tempat awam.

Meskipun begitu katanya, SPR turut tertakluk kepada tempoh berkempen sekurang-kurangnya 11 hari seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Tempoh 60 hari yang diperuntukkan kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya juga sudah bermula apabila Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac lalu dan disusuli dengan pembubaran Dewan Rakyat dan Dun yang lain.

Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Wan Ahmad lagi, SPR akan memastikan tarikh yang dipilih itu nanti tidak bertembung dengan hari-hari penting dalam kalendar Malaysia.

“Kita tak mahu nanti dikatakan tidak sensitif,” ujarnya.

Kaedah sama katanya, turut digunakan untuk menentukan tarikh penamaan calon.

Namun jelasnya, bagi hari penamaan calon, faktor hari tidak bekerja bukan menjadi suatu pertimbangan penting.

“Hari penamaan calon ini kita akan memberikan keselesaan kepada bakal-bakal calon.

“Dewan penamaan calon ini kebanyakannya dewan Pihak Berkuasa Tempatan, tidaklah banyak menggunakan dewan sekolah,” ujar beliau.

Ditanya ada kemungkinan SPR akan mengadakan pilihan raya pada cuti persekolahan pada hujung bulan Mei, Wan Ahmad berkata, “panel SPR pada Rabu ini akan melihat sama ada kita hendak buat cepat atau lambat.”

“Kalau buat lambat, pada masa yang sama menunggu cuti sekolah, apa implikasinya pula? Adakah kita hendak melewat-lewatkan pilihan raya sampai tempoh 60 itu hendak habis?” ujar beliau.
Ramai meramalkan hari pengundian 27 April atau 4 Mei dengan tempoh berkempen kemungkinan selama 13 hari.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI