Posted 2014/03/16 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Maut Gara-Gara ‘Overdose’ Di Konsert FMFA Bukit Jalil Meningkat 6 Orang

mayat overdose dadah
mayat overdose dadah

Konsert FMFA 2014: Laporan 4 maut overdose dadah bertambah kepada 6 dalam di cara muzik terbesar, Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, mencatat tragedi apabila lima penonton konsert maut dipercayai kerana pengambilan dadah berlebihan.

Jumlah Maut Gara-Gara ‘Overdose’ Di Konsert Kelmarin Meningkat 6 Orang Kini!

KUALA LUMPUR — Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert FMFA di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28 Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan
di PPUKM, katanya.

Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan ‘Future Music Festival Asia’ yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.

Konsert itu diadakan sejak Khamis.

“Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai ‘designer drug’ atau dadah sintetik,” katanya.

Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya.

Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.
– BERNAMA

Future Music Festival Asia

BERITA ASAL OLEH MYNEWSHUB

Acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, mencatat tragedi apabila lima penonton konsert maut dipercayai kerana pengambilan dadah berlebihan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmed Salleh kepada The Star, sembilan penonton turut ‘tumbang’ sekitar jam 1.30 pagi gara-gara mengambil dadah ketika menyaksikan konsert berkenaan.

Salah seorang penonton maut di tapak konsert manakala tiga yang lain ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

(BACA – Acara Future Music Festival Asia Dihentikan)

Kelima-lima yang maut merupakan rakyat Malaysia berusia antara 21 hingga 28 tahun.

Empat individu dilaporkan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua daripadanya berada dalam keadaan koma dan kritikal.

Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna.

Konsert anjuran Livescape Asia dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia ini merupakan sinambungan daripada kejayaan konsert serupa tahun lepas di Sepang yang dihadiri lebih 40,000 orang.

Disebabkan kejadian ini, konsert terakhir yang dijadualkan malam ini terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur.

Gambar Dan Senarai Nama Remaja Yang Mati Overdose Di Konsert

Enam remaja maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah secara berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert yang dikenali Future Music di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya.

Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan ‘Future Music Festival Asia’ yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.

Konsert itu diadakan sejak Khamis.

“Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai ‘designer drug’ atau dadah sintetik,” katanya.

Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya.

Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari negara Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.

Nota : Yang sedihnya ada pula juga orang melayu Islam. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas kepada penganjur dan juga pengedar dadah tersebut. Harap tiada lah lagi konsert macam ini dekat Malaysia ini. Apa komen anda ?

Sumber Malatop Blog

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI