koperal hasan basri

[pullquote_left]Adoyai kena pakai ‘straight jacket’ kasihan..kenapa ganas sangat ker si tertuduh ini dan harap keadilan untuk beliau bertemu keluarga dan jika bersalah harus reda kerana jelas kesalahan ini berat. Kepada penulis dia belum bersalah sehingga dibuktikan bersalah – SOSMA[/pullquote_left]TAWAU: Seorang anggota polis yang menghadapi pertuduhan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Koperal Hassan Ali Basari, 55, berasal dari Semporna, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada 9 Feb hingga 3 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim P. Ravinthran yang mendengar kes itu menetapkan 24 hingga 28 Jun untuk perbicaraan.

[pullquote_right]Hassan yang digari dan dipakaikan ‘straight jacket’ kelihatan tenang sepanjang prosiding.[/pullquote_right]

Dia diwakili peguam Kamarudin Mohd Chinki manakala barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kamarudin pada awalnya memohon mahkamah mempertimbangkan supaya membenarkan isteri Hassan bertemu dengan anak guamnya kerana sejak ditahan mereka dilarang berbuat demikian.
Ravinthran bagaimanapun menasihatkan Kamarudin supaya membuat permohonan rasmi berkenaan perkara berkenaan.

Selain itu, Abdul Gani memberitahu mahkamah perbicaraan kes itu akan melibatkan lebih 10 saksi dan tidak akan dibicara bersama dengan kes lain yang turut melibatkan keganasan di Lahad Datu.

straight jacket hospital

 

 

Tolong Komen & Share