Tajuk di atas itulah yang akan digunakan oleh blogger-blogger jongos UMNO, Hakikatnya, benih kemenangan yang kini dilihat semakin berputik di P-125 Putrajaya. Tulis blogger Dari Putrajaya juga di bawah:

HARI INI DALAM SEJARAH PUTRAJAYA

Buat julung kalinya Ceramah Umum yang di anjurkan oleh Pas Putrajaya di Presint 9, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, kenderaan di parkir hampir 1KM panjang di sekitar Presint 9 menunjukkan warga Putrajaya am-nya sudah tidak gentar lagi untuk menunjukkan sokongan mereka terhdap calon Pas, Dato Paduka Hj Husam Bin Musa.

Antara Isu yang di ketengahkan adalah untuk membela nasib Penjawat Awam yang berpendapatan rendah, tentang isu perumahan, Kemudahan Parkir, dan juga masalah-masalah lain yang melibatkan warga guru.

Penjawat Awam sudah tidak perlu gentar lagi untuk menunjukkan sokongan dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana telah di wujudkan satu Biro Aduan  yang berfungsi untuk sesiapa sahaja tampil membuat aduan jika diugut atau mempunyai masalah dan isu yang boleh diketengahkan. Biro Aduan ini juga disediakan khidmat guaman jika ada antara penjawat awam yang diugut sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat. Negara Demokrasi. Rata-rata penjawat Awam yang hadir menyatakan mereka bersedia untuk berkhidmat untuk Kerajaan Baru.

Apabila ditanya mereka tentang ancaman, mereka hanya menjawab, Kami penjawat awam, berkhidmat untuk negara, bukan berkhidmat untuk Barisan Nasional, Kerajaan boleh bertukar, TETAPI negara kita tetap  satu, Malaysia.~!

Dalam ribuan yang hadir, ternyata ramai juga penjawat Awam yang sudah berani tampil menunjukkan sokongan secara terbuka, dan ada juga yang mendengar dari jauh, di bawah-bawah pokok sekitar padang Presint 9. Lori LED yang pertama di Malaysia menambahkan lagi keberkesanan penyampaian maklumat dan Fakta selain manifesto dari Calon .

Penceramah

1) Tan Sri Muhammad Mohd Taib
(Mantan MB Selangor)

2) Dr. Zaiyadi Hj Awang Noh
(Mantan ketua pemuda UMNO Kelantan)

3) Dato Paduka Hj Husam Musa
(Calon P-125 Putrajaya)

Husam (1)

pas putrajaya

Tolong Komen & Share