Posted 2013/03/26 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Daim kroni penyangak wang senjata tumpul Najib dan Mahathir cuba perlekeh wibawa Anwar dimata rakyat!

daim zainuddin malaysianreview
daim zainuddin malaysianreview

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi terlalu banyak ruang berita kerana itulah apa yang beliau suka, sebaliknya usah hiraukannya kerana beliau tidak suka apabila tidak dipedulikan, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi “tarikh luput” dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu.

“Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya.

“Beliau sepatutnya dibiarkan sahaja menjadi penghibur, menari dan menyanyi di ceramah-ceramah. Sepertimana saya katakan, zamannya sudah berlalu, umpama ‘burung punggok merindukan bulan’,” kata  Daim dalam wawancara dengan New Sunday Times.

Bekas menteri kewangan itu menegaskan jika rakyat memilih pembangkang yang dipimpin Anwar, dengan itu negara akan menuju jalan kehancuran.

“Beliau telah diuji semasa krisis kewangan Asia dan beliau telah gagal. Saya juga fikir yang beliau gagal bukan hanya kerana dasar-dasarnya, tetapi juga kerana motifnya,” katanya.

Daim berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu benar-benar marah dengan krisis itu kerana beliau tidak sanggup melihat apa yang  telah beliau bina sejak bertahun-tahun lamanya musnah akibat sikap tamak spekulator dan penyangak mata wang.

Bekas menteri kewangan itu juga melahirkan kegusarannya bahawa Anwar tidak arif mengenai ekonomi dan jika beliau sekali lagi menjadi menteri kewangan atau perdana menteri, beliau akan cenderung mengikut jejak Amerika.

“Amerika sedang berada dalam krisis, Eropah sedang berada dalam krisis. Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia,” katanya.

Beliau berkata Anwar cuba mendapatkan Australia untuk menyokongnya, untuk mengutuk dan menyatakan pilihan raya di negara ini tidak adil serta menyatakan Arab Spring di Malaysia bukan menerusi revolusi tetapi menerusi peti  undi.

Daim mendakwa, Anwar sedang “menghasut” fikiran rakyat di  sini dan memberitahu dunia bahawa pembangkang akan menang sedangkan beliau tahu yang beliau tidak boleh menang.

“Beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang pilihan raya ini tetapi sekiranya pembangkang kalah, Anwar akan kata ini adalah kerana wujud amalan berat sebelah dan perusuh akan keluar ke jalan-jalan untuk protes.

“Beliau berjanji untuk membentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gentar dan ramai yang percayakan beliau. Itu memang cara beliau.  Beliau hanya pandai cakap dan berjanji. Kini, beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang,” kata Daim.

Katanya jika pembangkang kalah, Anwar akan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring ke sini serta menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka perlu melakukan protes jalanan untuk mendapatkan semula undi mereka.

“Dapat anda bayangkan senarionya jika pembangkang tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan berterusan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring di sini.”daim zainuddin wealth

Daim menegaskan tidak pernah berlaku penipuan dalam pilihan raya di Malaysia dan ini terbukti apabila pembangkang membentuk lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum lepas.

“Bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi  sekiranya kerajaan menipu dalam pilihan raya? Tiada pilihan raya yang sempurna di dunia ini,” katanya.

Daim menegaskan tiada perbalahan antara beliau dan Anwar sehingga ketua pembangkang itu mula menuduh menjadi ketua konspirasi.

“Saya bukan seperti Cassius. Saya mungkin kurus tetapi wajah saya tidak nampak macam “lapar sangat” dan yang pasti saya bukan seperti Brutus.  Apabila Anwar mendakwa saya ketua konspirasi, beliau tahu kebenarannya yang saya tidak terlibat, tiada peranan langsung,” katanya.

Bernama

Baca mengenai Tun Daim Kroni Penyangak di SINI oleh Khalid Jafri atau dibawah:

Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

[Khalid Jafri menggunakan perkataan 'semua orang tahu' di sini mengenai Josephine - sekaligus menunjukkan PM pun tahu tetapi tidak pula berbuat apa-apa dalam hal itu walaupun asyik merayu dihapuskan korupsi. Sekarang Mahathir sendiri memegang potfolio menteri kewangan dan 'bendahari Umno' tetapi sedikit pun dia tidak memberi lapuran semua kegiatan Daim sedangkan Khalid mengatakan 'semua orang tahu'....

Tidakkah ini membayangkan Mahathir memegang untuk menyapu beberapa debu agar dia tidak dapat dikaitkan.... Setelah selesai barulah polis datang.... tetapi semuanya sudah hilang. - Editor]

(Mukasurat 43 – 44)

BAB 5

Siapakah Josephine Premla Suvaretnam?

Josephine merupakan ‘TOP HONCO’ bagi pihak Naimah bte. Abd. Khalid dalam beberapa kepentingan yang diperolehi melalui pengaruh Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan.

Josephine dan Naimah jika digabungkan adalah perempuan yang berpengaruh dalam dunia business di Malaysia.

Kalangan ahli perniagaan mendapati Josephine adalah pengarah dalam beberapa syarikat di mana Naimah mempunyai kepentingan. Sekiranya beliau bukan pengarah dalam syarikat tertentu, perempuan ini akan mengarah CEO syarikat berkenaan untuk menjaga kepentingan-kepentingan Naimah dan Daim.

Semua orang tahu CEO Alliance Banking Group (dahulu Multi-Purpose Bank) ambil arahan daripada Josephine. Pendek kata dia adalah CEO de facto yang tidak rasmi bagi Alliance Banking Group. Akbar Khan adalah CEO de facto yang tidak rasmi semasa di bawah nama Multi-Purpose Banking Group.

Josephine juga mengarah dan mentadbir pelbagai pelaburan luar negara bagi pihak Daim terutama bank-bank kepunyaan Daim sendiri di luar negara seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Cambodia.

Syarikat-syarikat di bawah pentadbiran Josephine telah diberi kontrak berbilion ringgit yang ditawarkan oleh Kementerian Kewangan. Sekiranya kita membuat satu audit keseluruhannya di bahagian kontrak Kementerian Kewangan, kita akan dapat menghuraikan dengan teliti kontrak-kontrak itu.


Siri Tun Daim Penyangak Wang Negara

(Mukasurat 45 – 47)

BAB 6

SPK – Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd.

Isteri ketiga Daim, iaitu Naimah Binti Abd. Khalid adalah pemegang saham majoriti dalam SPK.

Kementerian Kewangan melalui Daim sebagai menterinya telah memberikan kontrak kepada SPK sehingga berjumlah RM2.2 billion sejak beberapa tahun lalu.

Persoalannya adakah Daim mengisytiharkan kepentingan dalam membuat keputusan rasmi?

Kalau sudah diisytihar, tentu orang tertanya-tanya mengapa beri kontrak kepada syarikat yang isterinya sebagai pemegang saham utama?

Kalau Daim tidak isytihar tentang penanugerahan projek kepada SPK, mengapa tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap Daim? 

Kedua-dua faktor ini, sama ada isytihar atau tidak, Daim boleh dikenakan tindakan berdasarkan Akta Kanun Keseksaan (pindaan) 1993 yang membolehkan hukuman sebatan mandatori dan penjara ke atas penjenayah kolar putih.

Naimah Abd. Khalid juga boleh dihukum sebat mandatori dan penjara kerana bersubahat dengan suaminya sebagai Menteri Kewangan jika sabit kesalahannya.

Kuala Lumpur City Corporations Bhd. 

KL City Corp. adalah dipunyai oleh Naimah binti Abde. Khalid melalui beberapa nomineenya yang terdiri daripada adiknya Khadijah binti Abd. Khalid, Syed Rozaidi Wafa bibn Syed Hussein Wafa, Mohd. Nasir bin Ali, Zabidah bt. Ismail, Sheliza Luis bt. Abdullah dan lain-lain.

KL City Corp. adalah dipunyai oleh City Securities Sdn Bhd. Syarikat Broker Universal.

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI