Posted 03/26/2013 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Buku Tun Daim Penyangak Wang Negara – Revisited Malaysian Review Blogezine

Tun Daim Zainuddin (1)
Tun Daim Zainuddin (1)

TUN DAIM PENYANGAK WANG NEGARA

PRAKATA   Manusia  Berhati Syaitan – Anak  Didik  Raja  Penyangak?

Siri ini adalah sumbangan ‘Tupaimas’ untuk memenuhi selera membaca anda disampig mendedahkan betapa kehaprakan seorang Menteri Kewangan dan PM yang leka  membalun harta negara sehingga kehidupan rakyat melarat dan sengsara. Ikuti petikan buku yang kali kedua ditujukan kepada pemimpim negara dengan maksud ingin mengheret mereka kekancah pemenjaraan.

(Dipetik daripada buku  Tun Daim Penyangak  Wang  Negara)

Jika  ada  (sepatutnya  anda)  memelihara  ayam,  musang  jangan  dijinakkan.  Peribahasa  ini  mengingatkan  rakyat  malaysia  betapa  ikhlasnya  Raja  Penyangak  Malaysia  Mahathir  Mohammad   menjinakkan  Datuk Sri  Anwar  Ibrahim  dari  seorang   pengkritik  kerjaan  yang  bermulut  lantang  sehingga  menjadi  anak  sabungnya.

Dengan tabah  dan  sabar  mahathir  menjinakkan  Anwar  sehingga  muncul perwatakan  pemimpin  yang  jitu  dan  ideal  untuk  menjuadi  pemimpin  utama  negara. 

Rupa-rupanya  Mahathir  memelihara  musang  yang  berbulukan  ayam.  Bukan  saja  ayam betina  jadi  sasaan,  ayam jantan pun  dikebasnya.  Jika  di  hulu  airnya  keruh,  tak  dapat  tidak  di hilirnya keruh  juga.

Bagi  Maahthir mahu  menyempurnakan  maksudnya. Jika  tak lalu  dandang  di  air,  di  gurun  di  rangkakkan.  Beliau  mahu  penggantinya  juga  seorang  yang  amanah  dan  jujur  bukan  saja  pada  dirinya  tetapi  kepada  bangsa  dan  negaranya.

Selepas  kekecewaan  beliau  terhadap  Anwar,  kini  muncul  pula  masalah  baru.  Masalah  penyangak  wang  negara.

Mahathir  yang memberi tanggungjawab  kepada  Tun  Daim Zainuddin  unjtuk  meikul  amanah  kewangan   negara  telah  disalahgunakan  sehingga  boleh  mengakibatkan  negara  jatuh  miskin.  Tun,  keluarga  dan  kroni-kroninya  bertambah  kaya raya.

Rupa-rupanya  Mahathir  telah  memelihara  dua  ekor  musang  yang  cuba  dijinakkan,  akhirnya membaham semua ayam  di  kandang.

Dari  kriterria  kelayakan,  Daim  tidak layak  menjadi  Menteri  Kewangan  untuk   mengendalikan  kewangan  negara  kerana  dia   pernah  bangkrap  sewaktu  berniaga  garam  dahulu  Ini  bererti  Daim tidak  tahu  berniaga  sehingga  menjadi  bangkrap.  Kerana  itu  beliau  menjadi  gelojoh  dan  rakus  seperti  kudung  mendapat  cincin  apabila  diberi  kuasa  mengendalikan  kewangan  negara.

Dari  seorang  bangkrap  Daim  kini  menjadi  multi  bilionaire  degnan  menyimpan wang  dan  harta  ebndanya  di  luar  negara dalam bank-bank  kepunyaan  sendiri  di  Switzerland,  Poland,  Hungary,  Maurititus, Namibia,  Mozambique,  Myanmar  dan  Cambodia.

Kalau Soros  dianggap   sebagai  penyangak  matawang  antarabangsa ,  maka  Daim  pula  penyangak  wang  negara  dan  pengganas  ekonomi.

Kita  amat  terharu  dan  simpati  kepada PM  yang  berjaya  memprojekkan  Malaysia  sebagai  distinasi  pelaburan  sehingga  ramai  pelabur asing  menanam modal  di  Malaysia.

Mahathir  juga  banyak  jasa  kepada  rakyat  negara  dengan  mengwujudkan  peluang  perniagaan  dan  pekerjaan yang  meletakkan  kedudukan  ekonomi  kita   terkukuh  di  rantau  ini  (hoooohooohooo!!!)

Kitga  juga  berbangga  dengan  kebijaksanaan  beliau  meletakkan  Melaysia  di  mata  dunia  sebagai  pusat  IT  yang  tercanggih  di  Asia  melalui  projek  MSC (hoooo hooo  hooo!!!)

Dari kepimpinan  beliaulah  menjadikan  kedudukan  politik  Malaysia sebagai  negara  yang  paling  stabil di rantau  ini (hoohoo hoooo!!!)

Tetapi  malangnya  segala  usaha  Perdana  Mentei  itu dimusnahkan  oleh penyangak  wang  negara dan pengganas  ekonomi  yang  mengambil  kesempatan  dari   kemantapan  politik dan  kemajuan  ekonomi  negara  yang  dipelopori  oleh  Mahathir.  Kita ditipu  dan  tertipu oleh  penjenayah  kolar  putih  yang  bergelar  Tun.

Rakyat  negara  menggesa  agar  kerajaan  bertindak  pantas  bukan  saja  membawa  Tun Daikm  ke  muka  pengadilan  tetapi  merampas  segala  harta  bendanya  termasuk  harta  keluarga  dan  kroni-kroni  beliau  yang  mendapat  kekayaaan  menerusi  projek  kerajaan.

Perdana  menteri  akan  dianggap  adil  dan  dihormati  sekiranya  Daim  disiasat  dan  dibawa ke  muka  pengadilan  sama  seperti  dakwaan  terhadap  Anwar  Ibrahim.

Jangan  kerana  Daim  sahabat  karib  Mahathir  maka  beliau  dilepaskan  begitu  sahaja  asalkan  Daim  mahu  mengalah  dengan  melepaskan  jawaannya-jawatannya  dalam  kerajaan  dan  parti.

Bila  ini berlaku  rakyat   pasti  akan  menuduh  PM  tidak  adil dan bersifat  berat  sebelah  kerana  hanya  Anwar  sahaja  dihukum  sedangkan  kawannya  terlepas  daripada  segala  dosa  pebuatannya  menjadi  penyamun  dan  penyangak  wang  negara  yang  merupakan  wang  rakyat. 

Rakyat  tidak  akan  mengampunkan  perbuatan  Daim,  keluarga  dan kroni-kroninya  sehingga  pendakwaan  dilakukan.

 

(Anak didik  Raja  Penyangak)
Khalid  Jafri
20 hb  Mei  2001.


PROLOG

Ekonomi  Mengangkat  Martabat  Bangsa

Tanggungjawab  mengangkat  martabat bngsa  adalah  stu  agenda  untuk  memantgap  dan  memapankan  kedudukan  ekonomi  negara.  Ia  tertumpu  kepada perpindahan  pradigma  tentang  ekonomi  perpindahan  dari  paradigma  yang  lama  kepada  paradigma  yang  baru. Oleh  itu,  apa  yang  wajar   ditekankan  di  sini  ialah,  ekonomi  kebendaan. Sebaliknya, ekonomi  adalah  sebahagian dari  masalah  kemanusiaan  serta  permasalah  moral  dan  akhlak.

Secara khususnya, agenda  mengangkat  martabat  bangsa menekankan  kepada  perubahan  paradigma, perubahan  pendekatan  dan perubahan  pengertian  mengenai  ekonomi  perubahan  dari pandangan  barat  kepada  pengertian  pembangunan  dan  pertumbuhan  ekonomi  yang serasi  dengan  negara  ini.

Seperti   yang  diperkatakan  oleh  Perdana menteri  menerusi  Wawasan  2020, pertumbuhan  ekonomi  di  negara  maju  terkini  hanya  berasaskan  kepada kekuatan  industri  dan teknologi.

Corak  kemajuan  barat  ini  wajar  dijadikan  perbandingan  kepada  kemajuan  yang  hendak  diwujudkan  di  negara  ini. Malaysia  mahu  mencapai  taraf  negara  maju.  Kemajuan  yang mahu  dicapai pula  bukan  cuma  berasaskan kepada kekuatan   industri  dan  teknologi   sahaja.  Malaysia  mahu  kemajuan  yang  digandingi  oleh  institusi  kekeluargaan yang kukuh,  dimensi budaya  yang  segar  serta  kekuatan  akhlak  dan  rohani  yang  tetap sebati dengan cara hidup  rakyatnya.

Jadi  pengertaian  ekonomi  barat  digunapakai  di  negara  ini perlu  drombak. Ini  perkara  pokok  supaya orang  melayu,  umat  islam  serta  rakyat  Malaysia seluruhnya   dapt  membezakan  pengertian  ekonomi  yang  dikupas,  dimengerti  dan  diolah  oleh  Barat  dengan pengertian  ekonomi  yang  serasi  dan  selaras  degnan  perkembangan  terkini  tanahair, khususnya dalam konteks  menjayakan  Wawasan  2020.

Inilah  satu  tanggungjawab  utama  yang  harus  ditekankan  dalam  melaksanakan  agenda  mengangkat  martabat  bangsa. Tanggungjawab  ini  penting  kerana  sesuatu   bangsa  tidak  akan  bermartabat  semata-mata  kerana  ia  kaya  dari  segi  ekonomi  kebendaan.

Sesuatu  bangsa  akan  hanya  bermartabat  sekiranya   kekayaan  ekonomi itu  menonjol  dan  diagihkan  dengan saksama.  Sesuatu  bangsa  akan hanya bermartabat  ji a  ia  memiliki  kekuatan  rohani,  akhlak  dan  berbudaya.  Sesuatu  bangsa itu akan hanya  bermartabat  kalau  ia  mempunyai   wadah memperjuang  dan  meningkatkan  mutu  hidupnya  sendiri.

Sebaliknya,  sesuatu  bangsa  itu  tidak   akan  bermartabat  sekiranya  kesejahteraan  ekonomi  masih  menyaksikan   penindasan, kerakusan  kuasa,  penyelewengan  serta  ketidakadilan  sosial  yang  meluas.  Sesuatu  bangsa  juga  tidak  bermartabat  kalau  ia  lesu  dari  segi  budaya  dan  lemah  dari  segi  ilmu  dan  teknologinya  akibat  perjuangannya  yang  tidak  mempunyai  isi.  

Kalau  rakyat  Malaysia  mahu  mentafsir  ekonomi  tanpa  melihatnya  dari  sudut  permasalah  kemanusiaan,  moral  dan akhlak  maka  beberapa  masalah  besar  yang  melanda  barat  pasti  akan  berlaku  di  sini.

Contohnya,  amerika  Syarikat.  Negara  ini  terkenal sebagai  satu  kuasa  besar  dan  maju.  Tetapi,  ia  masih  berhadapan  dengan  suasana  yang  paling  mendukacitakan  seperti  rusuhan  secara  berleluasa   di bandarya  Los Angeles  beberapa tahun  lalu.  Setelah  berlaku  tragedi  tersebut  barulah  timbul  sedikit  kesedaran  tentang  perlunya  campur tangan  Kerajaan  untuk  memastikan  supaya  golongan  yagn  miskin  wajar  dibantu dan  kaum-kaum  minorit  pula  wajar  diberi  pembelaan  dan sebagainya.

Apa  maksudnya  sebuah  negara  yang  besar  dan kaya  raya  kalau kaum  kulit  hitam  hidup  melarat  dan  warna  kulit  dijadikan  simbol  perbezaan  mutlak.

 

Inikah  yang dikatakan  birokrasi  aygn  paling  berjaya  dan sistem  ekonomi  leberal  yang harus  dijadikan  model  untuk  Malaysia?

Bagaimanapun  di  Malaysia   kesedaran  mengenai  tanggungjawab  tersebut  telah  wujud  sejak  70-an.  Tanggungjawab  membela  golongan  miskin dan  minoriti  ini akan  diteruskan  melalui  dasar  ekonomi  yang  lebih  pragmatik.. 

Sebab  itulah  Malaysia  perlu   lebih  bijaksana  dan  wajar  mewujudkan  model  yang  lebih  baik. Malysia  harus  memperlihatkan model  ekonomi  yang subur dan lebih  berjaya.  Malaysia  harus  menghasilkan  teknologi  yang  canggih  serta  kewujudan  sebuah  masyarakat  yang  bergerak  maju berlandaskan  kekuatan  akhlak  dan  moral  yang  tinggi.

Jadi  jelaslah  di sini  bahawa  satu  dari  tanggungjawab  mengangkat  martabat  bangsa  ialah  untuk  mengisi  kekuatana  dan  perjuangan  bangsa  dalam  pelbagai  bidang.  Ini  signifiken kerana  Malaysia  mahu menjadi  negara  maju  dan pada waktu  yang  sama,  mahu  juga  muncul  sebagai sebuah  negara  yang  berbudaya  dan  prihatin  terhadap  permasalahan rakyatnya.

Apa  yang  dilakukan  di  Malaysia  adalah serasi  dengan  latarbelakang  sosial, ekonomi  dan budaya  di  negara  ini.  Namun  begitu,  apa  yang  dilaksanakan  di  negara  ini  juga  kelihatan  sebagai  sesuatu  yang universal.

Contohnya  kini  wujud  kalangan  cendekiawan  Barat  yang  insaf  bahawa  ekonomi  tidak  dapat  dipisahkan  dengan persoalan  moral  dan  akhlak.  Beberapa  golongan  pemerhati  sosial  antarabangsa  juga  telah  lama  berpendapat  bahawa  kemelesetan  ekonomi  sejak  Perang  Dunia  Kedua  adalah  manifestasi  kepada  kelesuan  moral.

Hakikat  ini  adalah  realiti  yang  nyata.  Lihatlah  kewujudan  sektor  korporat  yang  tenggelam  dalam  nafsu  mengaut  keuntungan  meskipun  mereka  menyedari  kerakusan  tersebut  boleh  menghancurkan  kekuatan  ekonomi.

Contohnya Pasaran  Saham  New  York.  Menurut  istilah  seorang  wartawan  Wall  Street  Jounal,   Pasaran  Saham  New  York  telah  menjadi  sarang   penyamun  dan  tempat  penjenayah  yang  bergerak secara berleluasa.

Contoh-contoh lainnya  memang  berbagai. Umpamanya  terdapat  negara  maju  yang  sanggup  berbelanja  berbillion  dollar  untuk   perlumbaan senjata.  Tetapi,  segolongan  rakyatnya  tetap  mencemuh  perbelanjaan  untuk  golongan  miskin  dan  melarat  di negaranya sendiri.

Inilah  di  antara  contoh  klasik  tentang  dasar  ekonomi  yang  kehilangan  prioritinya  dan  masyarakat  yang  telah  kehilangan  wawasan  moralnya. Realiti  ini  menjadikan  negara  terbabit  terjebak dengan  beberapa  permasalahan  besar.

Satu  lagi  contoh  ialah  tentang  beberapa  skandal  jenayah  kolar  putih  seperti skandal   kewangan  yang  dilakukan  oleh  orrang-orang  yang  berkuasa  dan  ahli-ahli  perniagaan  samada  kecil,  sederhana  atau  peringkat  koporat   ini  menginsafkan  semua  pihak  di  Malaysia  bahawa sesuatu  usaha  meningkatkan  pertumbuhan  ekonomi dan  memajukan negara wajarlah  mempunyai  wawasan  moral  demi mengangkat  martabat  bangsa.

Sebab  itulah  strategi  pembangunan  ekonomi  Malaysia  haruslah  memberi  penekanan  kepada  aspek  keilmuan, moral  dan  budaya. Inilah  yang membezakan  pengurusan  sistem  ekonomi  Malysia  dengan  yang  wujud  di  Barat.

 Beberapa  ahli sosiologi  barat,  seperti  Peter  Berger  kini  mengakui  bahawa  kepesatan  pertumbuhan  ekonomi di  Asia Timur  adalah  bertunjangkan  budaya  Asia. Hakikat  ini  amat  bertentangan  dengan  beberapa  pandangan  sebelumnya.  Dulu  beberapa  sarjana  barat  berpendapat bahawa  jika  Timur  ingin  maju,  ia  perlu  meniru  kebudayaan  Barat.

Dulu,  contohnya  Weber  berpendapat  bahawa  Islam  dan  dinamisma  ekonomi  adalah  dua  aspek  yang  bertentengan .  Sekarang, Peter  Berger  menyebut  bahawa  ekonomi  di  Asia  Timur  amat  berbeza  dengan pola  pemb angunan  ekonomi  Barat.

Perkembangan  pendapat  seperti  ini,  jelas membuktikan  bahawa  beberapa  sarjana  barat  kini mlai  menerima  hakikat  bahawa  sudah  wujud  pola pembangunan  bukan  Barat  yang  boleh  diterima dan dipraktikkan.

Kini,  sudah  terbukti,  hakikat  bahawa  kebudayaan  bukan  barat  boleh  menghasilkan  kemajuan  adalah  benar.  Pandangan  seperti ini  telah  menimbulkan  kesulitan  kepada  sarjana  Barat  yang  selama  ini  beranggapan  hanya  Barat  dan  kebudayaan   barat  sahaja  yang  boleh  membawa  kemajuan.

Justeru  itu,  Samuel  Huntington, seorang  professor  dari  Universiti  Harvard,  berpendapat  bahawa  pergeseran  di  masa  hadapan  adalah  pergeseran  tamadun,  bukannya  pergesran  idealogi  atau  antara  negara.

Dalam kelauran  terbaru  jurnal  Foreign Affairs,beliau  menulis 

“The  fundamental  source  of  conflict  in  this  new  world  will  not  be  primarily  ideological or  primarily  economic.  The  great  divisions  among  humankind  and  the  dominating  source  of  conflict  will  be  cultural.  The  clash  of  civlisation  willl  dominate  global  politics.”

Huntington  meminjam  istilah  ‘clash  of  civilisation’  ini  daripada  Orientalis  terkenal  yang  sentiasa  mengingatkan  dunia  Barat  tentang  kebangkitan  pengaruh  Islam  yang  akan  mencetuskan  pertembungan  peradaban.  Dulu,  ideologi  memang  amt  penting.  Sekarang  ideologi  tidak  lagi  penting  akibat  terkuburnya  fahaman  komunis  di  Russia  dan  Eropah  Timur. 

Tetapi,apa  yang  Huntington nampak  sebenarnya   ialah,  seolah-olah  satu  amaran  tentang  munculnya  blok  budaya  baru.  Umat  yang bermaruah  mampu  dan  perlu  mengurus  politik  dan  ekonominya. 

Sebenarnya  dalam  konteks  ini,  Huntington  mengingatkan  semua  pihak,  atau  memberikan  ingatan  kepada  pentadbiran  Amerika Syarikat, supaya  melihat  gejala  di atas  dari  perspektif  yang  baru.  Sesiapa  yang  cuai  akan  tenggelam  dan  tersisih  dengan  dunia  seluruhnya. 

Pihak  Barat  kini  melihat  kekuatan  budaya  dan  peradaban  ini  sebagai  suatu  kekuatan  baru  yang akan  mencabar   kekuatan  politik  mereka.  Sebab  itulah  mereka   menekankan soal pertembungan  budaya  ini  sebagai  suatau  yang  baru dan begitu  mencabar.

Bagi  semua  pihak  di  Malaysia, perbicaraan  tentang  mengangkat  martabat  bangsa  itu  bukannya  untuk  ‘clash’.Sebaliknya  ini  adalah untuk  menebus  maruah,  untuk  memelihara kemerdekaan,  memperkukuhkan  ekonomi  dan  membuktikan  rakyat  Malaysia  mempunyai  harga  diri  sebagai  manusia. Inilah  perbezannnya. Sebab   itulah  Islam  menekankan  prinsip  perbezaan  kaum  dan  budaya  untuk  kenal  mengenal  dengan  maksud  hormat  menghormati.

Sebenarnya, pandangan  Huntington  tentang  ‘clash  of civilisation’  ini  bukan  baru. Lima  puluh  tahun  yang  lalu, seorang  pemikir  Arab  yang  terkenal  pernah  menyebut  tentang  dialog  antara  tamadun  dan  budaya. Orang  Islam  yang  waras  menganjurkan  dialog  untuk  kenal  mengenal.

Sebab  itulah  Huntington  berpendapat  bahawa  perbezaan  atau pertembungan  antara  manusia  dan  kekuatan  yang  menyebabkan  konflik  dan pertembungan.  Pertembungan  budaya  akan  menguasai  politik  dunia.  Pandangan  tersebut  kini  menggemparkan.  Majalah-majalah  akademik  antarabangsa  dan  pemikir-pemikir  Barat  bertelagah  mengenainya.

Sebab  itu  dianjurkan  supaya  golongan  eksekutif  di  Malaysia  mengikut  pemikiran  terkini  supaya  mereka  lebih  bersedia  dan tidak  terjebak  degnan perancangan  dan  perencanaan  mereka  sendiri.   Semua  pihak  di  negara  ini  juga  seharusnya  menerima  hakikat  bahawa  akan  berlaku  perubahan dalam  pemikiran  masyarakat  Barat.

Lebih ramai  sarajana  barat  akan  menerima  kenyataan  bahawa  akuilah  dunia  ini  bukan  milik  satu  kaum,  satu  agama  atau satu  budaya.  Terimalah  kenyataan  tentang  wujudnya  kepelbagaian  budaya,  agama  dan  kaum.  Dan  yang  penting  dan  paling  utama   sewajarnya kita  menerima  kenyataan  bahawa  Malaysia akan  menentukan  sistem  politik,  ekonomi  dan  mengangkat  mertabat  bangsanya. 

Atas  hujah  ini  beberapa  golongan  di  Malaysia  kini  sering  mengajurkan  supaya  sektor korporat  turut  sama  dalam  memberikan  sumbangan  kepada  usaha  memperkukuhkan  dan  memperbaharui  budaya  bangsa.  Penganjuran  idea  seperti  ini  amat  relevan  kerana  kekuatan  dan  kesuburan  budaya bangsa  pasti  akan  memebrikan  sumbangan secara  langsung  terhadap  kemantapan  ekonomi  negara.(dari ms 1-17)

Bab  Satu:  Etika  dan  Moral  Positif  Untuk  Memerangi  Jenayah  Ekonomi 

                   Oleh:  Mahathir  Mohamad :27  April  1993 ms. 18-28.

Bab  Dua:    Halim  Saad  Pinjam,  Lembaga KWSP Diam.

(diciplak terus  daripada Halim  Saad  Pinjam  RM78  juta  Dari  KWSP) 

ms.29-35.

Tan  Sri  Abdul Halim  Saad  merupakan  tokoh  korporat  yang  mendapat  pinjaman  dari  Kumpulan  Wang Simpanan  Perkerja  (KWSP)  sebanyak  RM78  juta. Beliau  adalah  seorang  billionaire  yang  mempunyai  aset   lebih  daripada  satu  billion.

Pengerusi  RENONG  ini  tidak  mempunyai  kuasa  untuk  mendapatkan  pinjaman  dari  KWSP  kerana  KWSP  bukannya  institusi  bank,  melainkan  arahan  pinjaman  itu  dibuat  oleh  Menteri  Kewangan,  Tun  Daim  Zainuddin. 

Halim Saad  bukan  sahaja  kroni  Daim  tetapi  nominee  beliau  dalam  urusan  binses. Dari  seorang  akauntan  di  PREMBA  BHD. Anak  syarikat  UDA,  Halim  melonjak  naik  melalui  Daim.

Berita mengenai  orang  korporat  meminjam   wang  KWSP telah  heboh  baru-baru  ini  apabila  pendedahan  tersebut  dibuat  oleh  Presiden  MTUC  Senator  Datuk  Zainal  Rampak.  Beliau  tidak  pula  mengumumkan  siapa  orang  korporat  itu. Menurut beliau, pinjaman  tersebut  dipercayai  telah  diluluskan  setelah  tokoh  korporta  berkenaan  menjadikan  saham  syarikat  mereka  sebagai  cagaran.

Kita  difahamkan  juga  ada  beberapa  tokoh  korporat  sedang  mengguna  pendekataan  yang  sama  untuk  mendapatkan  pinjaman  dari  KWSP  ini tidak sepatutnya  berlaku.

Zainal  yang  juga  Ahli  Lembaga Pengarah  KWSP  mendakwa,  langkah  KWSP  melluluskan  pinjaman  tersebut  telah  menyebabkan  para  pekerja  merasa  bimbang   terhadap  simpanan  mereka selepas  timbul  pelbagai  kontroversi  sebelum  ini.

Keraguan  Zainal  mempunyai  alasan  yang  kukuh  bahawa  tokoh  korporat  tersebut  dikenal  pasti  sebagai  kaya  dan  ada  antgaranya  mempunyai  simpanan  sehingga  RM1  billion.  Sebuhungan  itu,  MTUC  akan   menubuhkan satu  jawatankuasa  bagi  menyiasat  bagaimana  pinjaman  tersebut  boleh  diluluskan   serta  nilai  wang  yang  terlibat. 

Saya   tahu  ada  orang  korporat  yang  menggunakan  duit  KWSP  bagi  menyelamatkan  syarikat-syarikat  mereka.  Saya  tidak  akan  minta  maaf  daripada  golongan  ini. 

“Ada  di  antara  mereka  yang  mempunyai  duit  sendiri berjumlah  RM 1  bilion,  kenapa  tidak  gunakan  10  peratus  daripada  aset  peribadi itu  untuk  menyelamatkan  syarikat  mereka,  kenapa  harus  pinjam  duit  dari  KWSP,” katanya. 

Zainal  memberitahu,  beliau  telah  memaklumkan perkara  itu  kepada  PM   tanpa  menyebut  identiti  mereka  yang  terlibat. 

“Dalam suratnya  (Dr.  Mahathir)  kepada  MTUC,  PM  menulis dengan  sejelas-jelasnya  bahawa  duit  KWSP  tidak  boleh  digunakan  sama  sekali  untuk  menyelamatkan  syarikat  yang  tenat” ujarnya. 

Zainal  berkata,  KWSP   perlu  lebih  telus,  bertanggungjawab  dan  mengamalkan  pentadbiran  yang  baik  dalam  mengendalikan  simpanan  wang  pekerja-pekerja. Menurut  beliau,  apabila  MTUC  merancang  piket  besar-besaran,  ia  bukan  bererti  pihaknya  menentang  kerajaan  tetapi  untuk  menunjukkan  bahawa  kaum  pekerja  tidak  suka  wang  KWSP  disalahgunakan.  Beliau  memberitahu,  MTUC  akan  menjemput  pakar-pakar  ekonomi  tempatan  untuk  menganggotai  jawatankuasa  yang  ditubuhkan  untuk  mencari  penyelesaian  kepada  masalah  membabitkan  KWSP.

“Kami  belum memilih  anggota  jawatankuasa  ini,  tetapi  kajian  yang  akan dijalankan  itu  memakian  masa  kira-kira  tiga  bulan  untuk  diselesaikan. 

“Kita  akan  berusaha  mengkaji  cara-cara  pelaburan KWSP  supaya  kaum  pekerja  kelak  akan  mendapat  pulangan  dividen  yang  lebih  baik,  sekurang-kurangny  lapan  perastus  seiap  tahun,” katanya.   (ms.29-35)

 

BAB  Tiga:  SAPU MENYAPU  PELABURAN  CLOB

(Diciplak  terus:  Daim  Sapu  80%  Akbar  Khan  20%)

ms: 36-40

Kalangan  antarabangsa  menganggap  Tun  Daim  Zainuddin  adalah multi  bilionaire  dan orang  yang  lebih  berpengaruh  daripada  Mahathir  mohamad  dalam  dunia  bisnes.

Tetapi  bagi  kebanyakan  orang  Malaysia   mengetahui  Daim  seorang  Menteri  Kewangan  yang  paling  korup  dan  beliau  mengatasi  segala  prosedur  dan  peraturan  kerajaan  bagi  mendapatkan  kekayaan  menerusi  keluarga  dan  kroni-kroni  yang  menjadi  nominee. 

Sedikit masa  lalu,  heboh  pasal  pelaburan  dalam  CLOB  di  Singapura.  Daim  sebagai  Menteri  Kewangan telah  mengambil  insiatif  menyelesaikan  masalah  tersebut  tetapi  bermotifkan  kepentingan  peribadi. 

Kerajaan  Malaysia   telah  membayar  RM300  juta  kepada  CLOB  melalui  sebuah  syarikat  tempatan  bernama  Effective  Capital  Sdn.  Bhd.  Syarikat  tersebut  adalah  kepunyaan  Akbar  Khan,  seorang  ahli  perniagaan  Singapura.  Persoalannya  kenapa  Kementerian  Kewangan  membayar  kepada  Akbar Khan? 

Daim  sepatutnya  melantik  syarikat-syarikat  kepentingan  kerajaan  Malaysia  seperti  KLSE  dan membereskan  urusan  pelaburan  dalam  CLOB.  Daim  sebagai  Menteri  Kewangan  telah  ketepikan  hak  kewangan  negara.  Dengan  membayar  terus  kepada  Effective Capital,  Daim boleh  dapat   80  peratus  semenatara  20  peratus  lagi  ke  Akbar  Khan  sebagai  servis  menjadi  nominee. 

Untuk  merapatkan  perhubungan  kroni-kroni  dan  nominee  Daim,  maka  Tan Sri  Halim  Saad  pun  ditemukan  jodoh  dengan  anak  saudara  Akbar  Khan.  Jadilah  “Marriage  For Convenience.”

Sementara  itu  terdapat  ramai  ahli  perniagaan  Malaysia  dan taikun  yang  berurus niaga  dengan  Daim  terpaksa  membayar  kepadanya  berjuta-juta  ringgit  mendapatkan  lesen-lesen  dan  konsesi. 

Mereka  yang  tersenarai  adalah  seperti,  Ananda  Krishnan  – diberi  lesen  loteri  dan  konsesi  lumba  kuda.  Vincent  Tan  – diberi  penswastaan  Sports  Toto  dan  juga  konsesi  lain  yang  diluluskan  oleh  Daim.  Francis  Yeo –lesen IPP  dan  beberapa  projek  pembinaan  yang  besar.  TK Lim  bekas  tuanpunya  Multi-Purpose Group  mengeluarkan  30%  SAHAM  Bumiputra  dalam  Magnum  kepada  nominee  Daim  dengan  harga  yang  rendah  bagi  dapat  untung,  dekat  RM500  juta  apabila  saham-saham  ini  diniagakan.  Maklumat  ini  sekaragn  senang dapat  disahkan. Tan Sri  Lim  Goh  Tong  meneluarkan  30%  saham  Bumiputra  dalam  Resort  World  Bhd  kepada  nominee  Daim  apabila  lesen  kasino  Genting  pindahkan  kepada  Resort  World  Bhd.  Tan  Sri  Wan  Azmi  Wan  hamzah  adalh  nominee  utama  dalam  urusniaga  itu. 

-         Ali  Kadir  Terperangkap

Ramai  yang  bertanya-tanya,  mengapa  Pengerusi  Suruhanjaya  Sekuriti  (SC)  Ali  Abdul   Kadir  tidak  berupaya  menjalankan  penyiasataan dan  mengambil  tindkan  ke  atas  kesalahan  yagn  banyak  dilakukan  oleh  Tun  Daim  Zainuddin  dan  kroni-kroninya  dalam  banyak  hal?

Ada yang  mengatakan  bahawa  Ali  Abdul Kadir adalah orang kuat  Daim  dalam  Suruhanjaya  Sekuriti  sehingga  terpaksa  menutup  ‘pekung’  Daim  yang  sudah  berbau  busuk.  Sampai  bila  Ali  mahu  tutup  dan  melindungi  Daim  dan  kroni-kroninya?

Bersambung  ke  Bab  Empat…

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI