Random Article


 
Don't Miss
 

 

Gossip Terkini: Sari Yanti fail penceraian?

 
 
Overview
 

Genre:
 
Nama Artis:
 
Personaliti
 
 
 
 
 


 
Kualiti
 
 
 
 
 


 
Originaliti
 
 
 
 
 


 
Populariti
 
 
 
 
 


 
Fan Rating
 
 
 
 
 


 
Total Score
 
 
 
 
 
5/ 5


User Rating
5 total ratings

 


SELEPAS aktres cantik, Erra Fazira disahkan bercerai beberapa minggu lalu, kini nama beberapa selebriti dikatakan bakal melalui proses penceraian. Antaranya adalah aktres tinggi lampai, Dynaz Mokhtar dan aktres bertubuh genit, Sari yanti. Bagaimanapun Dynaz dalam beberapa temu bual sebelum ini menafikan perkara itu dan meminta semua pihak tidak memandai-mandai membuat spekulasi mengenai rumah tangganya. Berbeza […]

Posted 2014/03/09 by

 
Artikel Penuh
 
 

SELEPAS aktres cantik, Erra Fazira disahkan bercerai beberapa minggu lalu, kini nama beberapa selebriti dikatakan bakal melalui proses penceraian.

Antaranya adalah aktres tinggi lampai, Dynaz Mokhtar dan aktres bertubuh genit, Sari yanti.

Bagaimanapun Dynaz dalam beberapa temu bual sebelum ini menafikan perkara itu dan meminta semua pihak tidak memandai-mandai membuat spekulasi mengenai rumah tangganya.

Berbeza dengan Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, yang masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Menurut sumber di laman forum Cari, Sari dikatakan sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, hujung bulan lalu.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Eddy Casmady selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Pengesahan oleh Sinar Harian Hiburan dari Sari gagal kerana wanita itu kini berada di Capetown, Afrika atas urusan kerja.

Dalam perkembangan lain, Sari kini mengembangkan kariernya dengan menerbitkan pelbagai program televisyen menerusi penubuhan syarikat produksi miliknya iaitu Media Glow Production.

Dia juga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran program aksi Fear Factor Malaysia yang menggandingkan dia bersama peminatnya bernama Anbia.

Fear Factor Malaysia bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam sejak 15 Februari 2014 lalu menerusi saluran Astro Ria (104).

Sumber Sinar Harian Hiburan

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI