Random Article


 
Don't Miss
 

 

Perkahwinan Syamsul Yusof dilakukan serentak dengan adik Syafiq

 
 
Overview
 

Genre:
 
Personaliti
 
 
 
 
 


 
Kualiti
 
 
 
 
 


 
Originaliti
 
 
 
 
 


 
Populariti
 
 
 
 
 


 
Fan Rating
 
 
 
 
 


 
Total Score
 
 
 
 
 
5/ 5


User Rating
4 total ratings

 


PENERBIT Skop Productions, Datuk Yusof Haslam merancang untuk mengadakan majlis resepsi persandingan anak-anaknya Syamsul dan Syafiq secara serentak iaitu pada Jun depan, beberapa bulan selepas kedua-dua mereka sah bernikah lapor Mstar Online. Yusof, 60, berkata, majlis resepsi berkenaan dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran. “Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan […]

Posted 01/22/2014 by

 
Artikel Penuh
 
 

PENERBIT Skop Productions, Datuk Yusof Haslam merancang untuk mengadakan majlis resepsi persandingan anak-anaknya Syamsul dan Syafiq secara serentak iaitu pada Jun depan, beberapa bulan selepas kedua-dua mereka sah bernikah lapor Mstar Online.

Yusof, 60, berkata, majlis resepsi berkenaan dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran.

“Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq. Itu pun cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir.

“Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul,” katanya ketika ditemui pada pelancaran drama Gerak Khas musim baharu, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Selasa.

Syamsul bakal bernikah dengan pelakon Puteri Sarah pada penghujung Mac ini, manakala adiknya Syafiq pada sekitar April iaitu sebulan kemudian.

Sementara itu, bercakap tentang bakal menantunya, Yusof berkata kedua-duanya adalah berasal daripada keluarga yang ‘baik-baik’ dan berpendidikan tinggi.

“Alhamdulillah kedua-dua pilihan mereka daripada keluarga yang bagus. Puteri Sarah pun seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah ke arah menjadi lebih baik.

“Pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi, bagus juga untuk dia, saya hanya doa yang terbaik,” katanya.

Walaupun sentiasa berasa bimbang melepaskan anak-anaknya untuk membina keluarga, namun dia yakin mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan baik.

“Saya harap lepas ini kehidupan mereka lebih terurus, kalau nak kata bimbang itu ada juga, tapi kalau fikir balik dalam hubungan suami isteri tidak semua indah sahaja.

“Apa yang penting mereka akan berubah menjadi orang yang lebih baik,” katanya.

Tambahnya, selepas berkahwin Syamsul akan tinggal di rumah berasingan, sementara Syafiq memilih untuk menetap bersama keluarga di Taman Melawati di sini.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara, dekat sini.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI